Tuesday, December 23, 2014

Rokok Nan Sebatang

Digesek-gesek pemetik api lalu disua ke hujung rokok, Ku mula menyedut rokoknya. Dihembus nafas keluarlah asap dari rongga hidung dan mulutnya. Bau mula merebak ke seluruh ruangan tandas. Sudah menjadi tabiat semasa dia buang air besar mesti bertemankan rokok, tabiat yang sukar dibuang. Sudah ketagih.

"Rokok ni paling sedap bila lepas makan nasi dan semasa nak 'buang' nasi tu" ada dulu dia beritahu tentang tabiatnya itu. Baginya mungkin begitu.

Sudah beberapa kali dia cuba berhenti, namun percubaannya masih lagi gagal. Bulan lepas contohnya dari setiap kali makan nasi dia berjaya kurangkan menjadi satu batang sehari. Caranya dengan makan nasi sekali sehari tetapi selepas seminggu Ku mula masuk minggu study leave. Apabila masuk waktu peperiksaan dia rasa tertekan dan bila dia tertekan dari sebatang sehari dia mula merokok setiap waktu senggang antara topik benda yang dia baca. Study breaknya diisi dengan menikmati kepul-kepul asap. Sifirnya, semakin banyak dia menelaah semakin banyak dia merokok.

Pernah dia cuba kurangkan semasa waktu peperiksaan. Dia cuba tahan. Malam sebelum peperiksaan dia tak boleh tidur, diubah posisi, dari atas katil dialihnya tilam ke lantai, dada berdegup kencang. Semacam ada benda tak kena. Jam menunjukkan 2,30 pagi dia mandi, salin baju baru. Namun masih tidak boleh lena. Dia mula menelefon emaknya yang berada di Malaysia.

"Kamu ni kenapa? pagi-pagi buta telefon mak ni"

"Sebelum ni tak pernah buat begini pun"

Engku senyap. Mulutnya berat untuk mengaku dia dalam keadaan "serba tak kena" sebab kurang nikotin dalam darah, Emak tak pernah tahu anak lelakinya seorang perokok. Mereka berborak sampai subuh. Habis sahaja azan subuh dia solat lalu dibaringkan tubuh ke tilam. Tidur.

"Weh, bangun!!" kejut rakan serumah sedikit menjerkah.Ku bangun kalut bersiap-siap.

Nasib baik gilirannya masih belum dipanggil doktor. Dipegang nota-nota yang dibuat dalam keadaan terketar-ketar. Akhirnya tiba gilirannya, masuk ke stesen pertama.

"Read these results and comment about it" soalan pertama terpacul dari mulut doktor.

Dia baca semua tapi bila hendak menganalisis result tersebut dia jadi bingung, total blackout. Peluh mula membasahi.

"Err er, everything is normal, nothing significant" dia meneka selepas lama membisu.

Doktor di depannya tiba-tiba membulatkan mata, dia tidak tahu itu tanda terkejut atau marah. Doktor geleng kepala. Dia tahu betapa f*cked up jawapan yang diberikan tadi. Stesen berikutnya perkara sama berlaku.

Habis sahaja peperiksaan dia mencari Kudin.

"Din rokok sebatang"

"Macam mana exam tadi?" sambil menghulur kotak rokok Winston White.

Ku ambil sebatang.

"Tawakal jelah, benda dah lepas, nak buat macam mana" lalu dihembus asap ke udara.

"Aah cilake, dalam exam mana ada benda normal" dia bermonolog, tersenyum sendirian bila mengenangkan sesi bersama doktor tadi.

Baru-baru ini, sebenarnya semangat untuk berhenti merokok kembali membara bila dia berjumpa gadis pengarang jantung hati. Nak dipendekkan cerita gadis tersebut menyuruh Ku berjumpa dengan mak ayahnya. Oleh sebab jarak yang jauh, dia hanya mampu untuk berbual menerusi telefon sahaja. Digagahkan jua semangat untuk berkenalan dengan ayah dan emak gadis tersebut.

"Kamu ni merokok?" soal ayah gadis tersebut.

Seperti hendak luruh jantungnya mendengar soalan sedemikian. Dan perkara itu berlaku sebelum dia masuk tandas.

Batang rokoknya semakin kontot, ditancap-tancap puntung rokoknya ke tempat letak sabun. Dilihatnya tempat letak sabun itu hitam terbakar penuh dengan puntung-puntung rokok, Dia menggeleng-geleng kepala.

Dia pulas batang flush sebelum keluar tandas.

Monday, December 8, 2014

Waktu Petang di Tepi Tasik Universiti.

Lepas round hari itu Jim lepak tasik, walau hari tu mendung-mendung nak hujan dia tak kira dia mahu lepak juga. Dia frust betul hari itu, semalam awek dia hantar mesej minta putus. Jiwa dia kacau sebab itulah dia ke tasik di tepi universiti untuk menenangkan fikiran. Bajet jiwang karen betul Jim nih.

"Bersabarlah sayang aku akan pulang" dia balas mesej makwenya sambil duduk bawah pokok.

Dia tunggu seminit dua, dia buka balik aplikasi mesej, dia tengok ada dua tick sebentar tadinya berwarna kelabu kini bertukar warna biru. Jiwanya bertambah kusut.

"Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku" dia sentuh butang send.

"Berjanjilah sayang ku selalu setia, meski ku tak selalu disampingmu" dia send lagi.

"Tak usah kau menangis meratapi aku!!" sebelum dia tekan send dia fikir ayat ini macam ni tak kena. Dia delete balik lalu disimpan telefonnya dalam poket. Dia sudah putus harapan.(Hek eleh benda tu pon nak bawak serius, pui!!)

"Mana mungkin selimut tetangga hangati tubuhku dalam kedinginan" Jim bermonolog sendirian.

Tanpa dia sedar, member baiknya, Ajim, sudah berada disebelahnya, lama juga dia sampai tapi tidak disedari lansung oleh Jim.Khusyuk betul layan perasaan katakan.

"Aku tanya apa khabar?" Ajim menyapa.

Namun tidak dijawab Jim.

"Aku tanya apa khabar, SEMUAaaa??", soalan sama ditanya dengan nada sedikit menjerkah.

Jim mula tersedar dari lamunan. Dia pandang membernya dengan muka toye. Ajim mula kesian.

"Merenung ke luar jendela bayu pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa purnama menerangi gelapmu" Ajim cuba memberi kata semangat.

" Dan bila fajar menjelma itulah permulaan hari baru, Dunia gamat bunyinya sunyimu hanya Tuhan tahu" Jim menambah lagi.

"Dalam perjalanan banyak persimpangan, dimana kita bertukar arah kau lurus ke kiri dia tegak ke kanan dimana mungkin tersilap langkah."

Suasana sepi.

"Sudahlah Ajim jom kita balik hujan pon dah start turun ni." cadang Jim.

"Hujan yang turun bagaikan...."

Belum sempat Ajim menyudahkan kata-katanya laju Jim pintas.

"Dah la tu nyanyi dah naik pekak aku ni weyh."


Wednesday, December 3, 2014

Berjimat Cermat Amalan Selamat Dunia Akhirat

Dua tiga hari ni aku dok perhati seorang member aku ni, siang makan roti kering je malam dia lahap sardin je. Kalau ada rezeki lebih sardin tindih roti. Melihat keadaan beliau yang sangat dhaif tu aku curiga, aku ingin tahun kenapa.

"Dah kau ni kenapa Sein? Makan macam takde orang pedoman, homeless pon kalah dengan kau ni."
Dia senyap, kadang-kadang jeling tajam. Dia buka almari dia ambik bengkung lalu dipakai kat perut.

"Ni ubat boncit" katanya sengih sengih kerang.

Aku mula tak puas hati, ubat buncit ke untuk elak perut masuk angin? Bukan apa, kalau nanti jumpa dengan member perut berbunyi kruk kruk kruk malu juga, budak tajaan tapi makan tak cukup.

"Kau mana tau Wala, ni lah pengorbanan namanya."

"Korban apa pula ni?" aku tanya serius.

"Kahwin." dia jawab sambil menepuk-nepuk bengkung  perut, tum! tum! bunyi padat. 

****
Aku buka Facebook, ada satu notifikasi, aku gerakkan tetikus, tekan klik.

Di skrin komputer terpapar jelas "Elaun dah masuk sebanyak JD***.** kurang sikit dari biasa."

Mungkin sebab Ringgit jatuh dua tiga minggu ni elaun tak sebanyak sebelumnya.

Ting! telefon berbunyi tanda ada Wassap baru masuk.

Mesej dari Sein;

"Jom makan luar hari ni 

aku lapar"

Aku tepuk dahi sambil terbayang-bayang Sein mula simpan bengkungnya kembali di dalam almari.

"Sein, Sein", aku mengeluh gaya bapak-bapak.


p/s: takde kaitan dengan hidup dan mati kalau ada hanyalah kebetulan sahaja. 

Thursday, November 27, 2014

Garis Perpendikular

Hai, kamu,
sesat dalam cahaya
Oh, aku!
mencari dalam gelita
Takkan terkuak pintu rindu
Jika tidak terpercik api cinta.

7 Februari 2014, Irbid

Friday, November 21, 2014

tertutup jangan sampai jumud terbuka jangan sampai hanyut

Perkataan optimun ni asalnya dari bidang sains dan matematik, dan bidang sains adalah bidang paling terkehadapan pada zaman kini berbanding bidang-bidang lain seperti bidang kesusasteraan yang muncul lebih dahulu dari bidang sains. Sesuatu yang hadapan itu mestilah menggantikan ataupun bermula dari sesuatu lebih belakang. Untuk menyifatkan "optimun" itu mestilah berasal dari bahasa yang sebelumnya iaitu bahasa inggeris, latin, atau greek.

Jadinya bila seseorang itu guna perkataan "optimun" maka kita boleh simpulkan dia pernah atau mempunyai latarbelakang sains, tidaklah masuk akal untuk orang tua ataupun bahasa yang up sikit warga emas bersembang di sesama mereka menggunakan perkataan tersebut. Kecualilah warga emas itu dulunya seorang saintis ataupun cikgu sains( itupun tak logik juga sebenarnya sebab subjek sains dulu orang sebut sebagai ilmu alam).

Optimun dalam bahasa Inggeris ini merujuk kepada frasa "the best" yang juga membawa maksud "terbaik" dalam bahasa Melayu. Jadi bila ada doktor atau student bercakap contohnya "ph optimun bagi badan manusia adalah sekian-sekian...." menerangkan ph terbaik bagi badan melakukan fisiologi-fisiologinya.

Masalahnya timbul bila "optimun" ini diterjemah kepada bahasa melayu kerana secara budayanya keadaan terbaik itu bagi bangsa melayu bukan bermaksud paling baik atau paling mantap tetapi lebih tepat atau lebih dekat kepada keadaan "berpada-pada". Sesuai dengan pepatah melayu "buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali" dan selalu juga kita dengar biasanya dari golongan mak-mak terutamanya, selalu berpesan "nak berjalan pun berpada-padalah", "makan tu berpada-padalah" memberi satu nasihat yang optimun untuk kita.

Begitu juga makna optimun jika diambil dari aspek agama Islam, kata sifat "optimun" tidak diterjemah sebagai "ahsan(terbaik)" tetapi paling hampir kepada perkataan "wusta" yang membawa maksud ditengah-tengah atau bersederhana. Setiap yang terbaik dari agama Islam tidak kira dari aspek ibadah, akhlak, muamalah bukanlah  berlebihan tetapi sederhana sifatnya.

kenapa aku tiba-tiba sebut pasal optimun ni? 

dulu ada seorang brader besar Ulya pernah dan selalu berpesan 

"tertutup jangan sampai jumud terbuka jangan sampai hanyut"

itulah optimun bagi kami disini.

p/s; mesti pening dan tak paham kan? aku pon tak paham jugak sebenarnya kahkahkahkah

Friday, November 7, 2014

Setelah Tamat Futsal

Tahun ni persatuan buat sukan, macam-macam sukan dpertandingkan, penyertaan mengikut tahun pengajian nak dipendekkan cerita...

Separuh akhir kedua berlansung dan pasukan tahun 6 sedang selesa menanti lawan mereka di final nanti, antara pasukan tahun 1 dan tahun 3.

Pertarungan semifinal tu sengit, berbalas serangan tekel-menekel, jatuh berlakon nak raih simpati semua ada. Bila sengit semua jadi tegang, mulalah perang psikologi mulut berlansung.

Preeeeeeet! wisel penamat berbunyi, perlawanan habis, tahun 3 menang. Selepas tamat perlawanan biasalah semua orang bersalam-salaman bermaaf maafan tanda sukan itu sekadar wasilah untuk memperkukuhkan ukhuwah bukannya pertarungan kau kalah maruah kau jatuh, kau hina, kau jijik. Bukan!

Nak dimudahkan cerita aku bagi soalan berbentuk padankan menunjukkan bagaimana cerita ini berakhir.

Budak Tahun 6 ~                              ~ korek hidung sambil menyaksikan kejadian post match

Budak Tahun 3 ~                               ~ tak salam lepas match (tanda kuajja bagi pencinta sukan)

Budak Tahun 1 ~                               ~ sound budak yang kuajja tersebut


hah, Coba! ikut kreativiti masing...

Monday, October 27, 2014

Atok sebuah prequel

"Sekarang ni nak bernafas pun susah", keluh ku sambil mengurut dada perlahan terbongkok-bongkok menggeledah laci mencari ubat asma.

"Kenapa atok?" sampuk cucu ku sedang bermain susun-susun batu bukit yang diimport khas dari satu-satu nya hutan yang terjaga di Malaysia, Taman Negara Gua Musang. yelah sekarang ni dah 2073 nak cari batu, pasir, daun pon susah kalau ada pon mahal, biasalah bila keadaan macam ni adalah pihak yang mengambil kesempatan . Budak-budak zaman sekarang ni disuruh cari serai pun bertukar dengan lalang. Disuruh buat bunyi ayam keluarnya bunyi kucing.

"Udara sekarang ni tak berapa baik Iman, atok nak bernafas pon tak selesa."

Aku perhati je cucu aku ni sibuk benar dia, main dengan kembar dia, Aman, disusun batu batu tersebut selepas itu dipam nya air ke aras yang lebih tinggi dilalukan air ke saluran yang berbentuk S lalu menghempas batu-batu  yang sedia tersusun. Bersorak gembira mereka bila batu batu yang susun tadi berserakan dihempas air. Sempat si Iman menjeling kepada ku.

"Atok jadi kan Iman dan Aman buat air terjun Sunway Lagoon?" soalnya basah kuyup.

"Air terjun Sunway Lagoon wadehek?!" aku bermonolog sendirian sambil menggeleng kepala.

"Kalau Iman anak soleh tolong carikan ubat atok dekat laci sana, atok lupa"

"Kat dalam ni ke atok?" ditunjuknya laci game Xbox dan PS4 yang tersusun rapi koleksi peribadi vintage diriku, aku mengangguk tanda mengiyakan telatah budak kecil itu.

"Sebab Aman adik Aman merangkak dulu biar akak pijak belakang, akak tak sampai la nak cari level atas ni"

"Orait, nanti bila Aman dah rasa boring dengan kehidupan merangkak ni kita switch, ok?"

"Ok!" mereka sepakat.

Aku perhatikan sahaja lagak bahaya mereka berdua. Ada baiknya dibiarkan sahaja mereka hidup dalam keadaan mencabar sekali sekala.

Sedang Iman bertungkus lumus meraba-raba mencari ubat ku, dia terkuis sebuah buku lalu... Bam! bunyi buku itu jatuh ke bawah. Tiada siapa cedera jangan risau. Lalu tumpuan kami semua tepat pada buku tersebut. Aman membuka buku tersebut.

"Atok ni gambar siapa?" sambil membelek buku tersebut.

Aku pergi mendapatkan mereka.

"Oh ni album lama, zaman atok muda hepi hepi dengan member"

"Atok ini siapa?"

"Yang mana?"

"Yang ni lah..." ditunjuknya jari sambil memuncungkan mulut.

"Oh yang ni lah kawan atok masa atok kat Jordan dulu nama dia....." (bersambung)


p/s: zaman maju kemain simpan gambar dalam album lagi? kahkahkah

Friday, October 24, 2014

Bitter Truth

i copy this from my friend FB status, actually i do not have enough gut to share it on my own FB's wall because i know it will offend some of my friends here. hehe

Since i was 13, i started spending my life in hostel, far away from home, the place where family begins.
I spent 3 years in Islamic secondary school, 2 years in Islamic secondary boarding school, 3 months in preparation college, and now almost 5 years spent in Jordan.
Last week was like a dream. Mom, dad and my 2 younger siblings came to visit me. The feeling was the same like when i was in hostel a 5-9 years ago, when mom and dad came to pay me a visit after about 3-4 hours of driving from home. It's weekend, it's family time, after about 1 month talking with each other only through public phone.
And last week, they finally arrived here to look at the place where 5 years ago they've decided to send me to get my degree. It takes about 12 hours journey flight to come here, plus hours they have to spent during transit.
Dad, when i suggest for them to go to Turkey instead of coming here (because of many reasons), he refused. He said he just want to see the place where i spent my 5 years, not to be a real tourist who visit a nice place. I said okay then.
They came, and today was the last day, and they've already in flight now, going back home. May they arrive safely insyaAllah.
Today, dad said something to me at the airport "come back early to Malaysia, here is not the place to live your life."
I know why, i just smiled.
I frankly when my family walks on the university street, feel very insecure. People started to laugh, to humiliate, to call us chinese whatsoever, to speak in stupid language that they themselves wouldn't understand, and do things that they themselves wouldn't want to be done to their mom, dad and family.
Last month, my sister was busy applying for scholarship to further her studies overseas. At that time, i would never feel reluctant to say no to her if ever she was thinking to choose here as her place for studying.
I would never allow. I would never let them feel the way i feel, the insecurity, the harm, the humiliation, the disrespect i got, and everything that is inappropriate to be done to a human being, especially being done by a Muslim, to other Muslim.
I can look after myself, it's okay that i'm alone here in this foreign place. But i would say no to my sister, or even to my family if they ever wants to come here again, alone. It's not because they are weak, but it's because i love them so much, that i wouldn't take a chance for anything bad being done to them.
I hate seing them being humiliated. I hate seing people lied to them. You can do this to me, but not my family.
Urgh, i'm done. I wanna go home. insyaAllah.
Thanks mom and dad, for coming. It's a precious present for my graduation. Alhamdulillah.
*But i would never deny that there's always good people and bad people in anyway u go. Bad people is bad, and good people is good. No generalisation should be made, dear self.

p/s: aku dah penat <---- tekan sini.



Thursday, October 9, 2014

Penantian Satu Penyiksaan

untuk yang buat comeback berblogging

Kalo korang  tak sempat tengok bola seluruh match 2 jam, korang tengok video 15 minit je pasal game tu. Dia tunjuk la gol, peluang-peluang keemasan, smart save daripada keeper, controversial point dari match tu dan lain-lain. Yang video 15 minit tu org panggil highlight. Yang kat bawah ni highlight study aku kt jordan selepas 5 tahun tak tulis pape.(copy paste)

bangun tido "shit dah lewat!" kau siap cepat-cepat ambil yang wajib je, gosok gigi dan sapu taik mata contohnya, mandi tu dibolehkan untuk tidak mandi nanti aku  cerita sebab apa kat bawah nanti.

lepas tu guna kemahiran matematik kau yang berkarat tu darab bahagi janjang pembezaan pon boleh untuk kira berapa minit masa yang diambil untuk sampai ke universiti. Dapat result "ok teksi!" sebab ada 30 minit lagi untuk start kelas campur jadual doktor yang strict pada hari tersebut. Habis duit melayang.

Sampai kat gate, kau bayar teksi jeling dompet kertas warna oren, hah betullah tu harga dia, mana ada masa nak belek-belek perhati betul-betul duit kertas tu. hempas pintu teksi; pemandu teksi sumpah seranah kau sebab kurang ajar tapi kau peduli apa.

Berlari ke dewan kuliah, semasa berlari tu pastikan henset atau buku nota yang kau baca dalam teksi tadi tak tertinggal, ok semua selamat. Kau masuk dalam dewan, kau tolak pintu "kriukkk" bunyinya kuat, dalam hati kau cakap "shit!" semua orang orang pandang kau. Doktor baru nak start mengajar dia tunjuk isyarat supaya ambil tempat duduk. Pergh! lega kejap.


Kau duduk tempat kosong sebelah member kau yang kau kenal biasa biasa je, lepas je kau letak beg bau busuk semerbak, dalam hati kau cakap "haram dia ni tak mandi". Tapi tapelah sebab kau pun buat benda sama harung je. 

Awal 10 minit kau bagi sepenuh perhatian lepas tu kau redha dengan ketentuan Ilahi, sedar-sedar doktor dah abis mengajar dan dia blah tanpa amik kedatangan. 

Dalam hati kau cakap "B*b*!"

then the cycle repeat itself...


Thursday, September 25, 2014

Minggu Taaruf Siswa

Otai baru balik dari kelas, selepas kelas beliau rasa lapar ada baiknya dibeli makanan berupa kebab di kedai yang terletak di tengah perjalanan balik ke rumah. Beliau sebenarnya sudah lama tidak masak di rumah kekangan masa sebagai pelajar tahun 6 menghalangnya berbuat demikian. Semua rakan seperjuangan sudah pun pulang ke Malaysia, maklumlah sebahagian dari mereka hanya memerlukan empat atau lima tahun sahaja untuk menamatkan pengajian.

Kalau diikutkan ranking senioriti, beliaulah paling senior di Irbid, dahla paling senior mahir bercakap turki dan pakar dalam ilmu geografi. Ada satu hari semasa aku dalam perjalanan ke mana entah, aku dah lupa aku terserempak dengan beliau, ketika itu dia baru pulang dari mengembara, kembara di selatan Turki. Kata beliau ketika itu kalut pihak kurdis mahu menubuhkan negara Kurdistan yang meliputi utara Syria, selatan Turki dan sedikit hujung dari Iraq(aku tak tahu nak describe macam mana geografinya).

"Di sana sekarang kalau waktu malam, aku dengar lah bunyi tembakan dari tentera pemisah atau pun dari tentera nasional Turki." jelas beliau panjang lebar.

Sebelum melalut ke cerita ini, Otai masuk lah ke dalam kedai kebab. Beliau perasan ada dua tiga orang junior juga tengah order makanan. Sebelum ke kaunter, Otai berfikir sekejap makanan apa yang sesuai dapat mengkaver makan malamnya sekali kalau boleh. Sedang syok beliau memerhati menu junior mula menegur.

"Apahal kau ni? pakai formal, minggu taaruf dah abis lah" tegur junior tersebut. Otai balas dengan senyuman.

"Kau nak makan apa?"

"Kalau nak jimat beli sandwich je taklah mahal macam kau beli meal"

"Betul tu tapi kalau beli meal kenyanglah, baki lebihan boleh bawak ke malam pastu panaskan" tambah junior ke dua sambil mengemaskan rambut sikat tepi yang agak serabut setelah ditiup angin.

"Oh ye ke?" Otai mengangguk tanda buat-buat faham.

"Kalau taknak sayur dalam meal ni nak cakap apa kat diorang ni?"

Mereka bertiga diam sebentar.

"Haah lah lupa pulak abang fasi masa minggu suai kenal ada ajar benda ni aku lupa, kau ingat?" bertanya kepada member sebelahnya.

Mereka semua terkumat kamit cuba ingat apa yang diajar oleh mentor mereka sebelum ini.

"Dem! aku lupa lah" tangan ditumbuk ke meja. Dia geram.  Semua pekerja dalam restoran tersebut tergaman.

Otai ambil makanannya terus berlalu pergi meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

p/s: salam, senyum, sapa.

Friday, September 5, 2014

Gambar Sekadar Hiasan

Certot 1.

 Kelas 5 Awan Gemawan (5A) dan 5 Bayu Meniup (5B) telah menyertai pertandingan futsal antara kelas tang di taja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Bersama mereka berjuang adalah guru kelas masing, seorang cikgu kaunseling dan seorang cikgu pendidikan jasmani dan kesihatan.

Pasukan 5A yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara telah meminjam ketua kelas 6A kerana murid tahun 6 sibuk menelaah menghadapi UPSR yang akan menjelang beberapa hari lagi.

Yang sebenarnya tiada apa yang mampu diceritakan pabila 2 pasukan tersebut tak pernah kalah. Power sangat diorang ni sampai penulis tak tahu nak cerita apa lagi.

Korang tau ke perasaan power dia macam mana?

kah kah kah



Certot 2: Harga Sebuah Separuh Akhir

Pagi itu mereka turun dengan penuh semangat. Keadaan cukup getir ketika itu, bertambah getir bilamana mesyuarat sebelum pasukan berakhir pada pukul 2 pagi semalamnya. Berbincang taktikal dan menyentuh sedikit isu akhawat setempat. Masakan semua tidak bersungguh, 4 pasukan terikat dengan 6 mata sedangkan 2 pasukan teratas sahaja yang mampu layak ke peringkat kalah mati.

Semangat yang membara itu ditiup dan bertambah marak bila 2 3 hari sebelum perlawanan, seorang dari ahli pasukan dimasukkan ke dalam lokap kerana masalah disiplin dengan penduduk tempatan. Siapa tidak geram sedang elok berlatih menyepak bola penduduk tempatan dengan sengaja membaling mercun di tengah padang. Mengamuk sakan hingga dikejar lelaki itu dan dipecahkan pintu rumahnya.

Nak diringkaskan cerita, Kugiwa pemain kelahiran jepun(yang sebenarnya ahli pasukan sendiri pun masih keliru dia ini dapat jepun dari emak atau ayahnya, semua tidak tahu!) yang berwarganegara Malaysia telah melakukan hantaran cantik kepada penyerang prolifik....





certot 3: Bola dan Kehidupan

Pada suatu hari sekumpulan remaja telah bermain futsal tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila bola yang ditendang terkena bucu gelanggang lalu pecah.

Mereka merasa sedih dan membuat keputusan untuk membeli bola baru untuk menggantikan bola yang tidak dapat diguna itu.

Keesokan harinya dengan perasaan gembira mereka turun untuk sama-sama menyepak bola baru. Malang tidak berbau bola baru juga mengalami nasib yang sama.Pecah!

Bak kata seorang ahli politik terkenal "petang beli bola, malam pecah bola".

Friday, August 29, 2014

Ambil Garisan yang Gagal

Cerita bermula bila malam menjelma, saat cenggerik sedang asyik melagukan lagu krik krik krik mereka. Ada dua orang pemuda kacak sedang duduk berehat-rehat selepas mengharungi hari yang penat di hospital. Tugas sebagai seorang pelajar perubatan bukan tugas yang mudah, keluar rumah awal pagi, embun pun masih belum kering ketika itu dan kalau musim sejuk mereka pulang bila matahari sudah pun terbenam.

Seorang dari mereka, Roy asyik melurut-lurut telefon bimbitnya, dari awal lagi tangannya tidak lepas bersama gajet kesayangnya itu. Memang itulah perangainya sejak dia memiliki telefon pintar. Pernah satu ketika telefon bimbitnya "hilang", separuh gila dibuatnya pada hari tersebut, nasib baik belum sampai tahap meracau-racau. Walhal member-membernya telah pun bepakat menghilang telefon bimbitnya untuk meraikan hari kelahiran pada malam tersebut. Pada malam tersebut mereka memulangkan semula kepada Roy dan perkara ini telah menggembirakannya. Katanya inilah hadiah yang paling berharga sepanjang hayat. Member-member Roy menarik nafas lega tanda plan yang berjaya. Jimat pun jimat.

Tiba-tiba Roy mengeluh panjang dan keluhan ini menarik perhatian member, Sumi yang berada di sebelahnya.

"Engkau ni pehal?"

"Awek aku ni merajuk pulak"

Roy tidak tahu mengapa. Selepas dia menghantar mesej:

Are you my betamethasone? cause....
When i meet you i'll have SOB


#medicalpickupline

Ditunjukkan mesej kepada Sumi selepas membaca mesej tersebut Sumi ketawa berdekah-dekah.

"Chinggey kau yang mana satu ni" Sumi bertanya masih lagi menahan gelak.

"Yang study pengajian islam tu lah"

"Patut la chinggey solehah rupanya"

Sumi memberitahu dalam istilah perubatan memanglah sesak nafas itu ditulis atau disebut SOB (shortness of breath) tetapi bagi yang tidak biasa dengan istilah ini mereka akan tersalah faham.

"Salah faham macam mana?" laju Roy bertanya.

"SOB.... you son of bitch!!" disusuli ketawa berdekah-dekah dari Sumi.

"Lagi satu, kau tau apa maksud pickup line dalam bahasa Melayu?" dia menduga.

"Entoh ler" sambil jari-jemarinya kembali melurut-lurut telefon pintarnya.

"Yang tu kau kena tengok apa tajuk post ni kat atas tu"

Thursday, August 28, 2014

Cerita Seorang Wisata

Hari itu sungguh panas, bahangnya membakar lapisan kulit, nasib baik Imad seorang Melayu tidaklah ketara kesan sinaran terik suria pada kulit sawa matangnya berbanding mereka yang berbangsa Eropah. Bayu pantai yang mampu memberi sedikit kelegaan kepada pejalan kaki terhalang kerana susunan bangunan yang agak berterabur kerana masih mengekalkan binaan asal dari zaman Gaudi lagi. Keadaan ini menyukar Imad untuk mencari tempat penginapan yang telah ditempah secara atas talian beberapa hari sebelum.

Setelah lebih kurang setengah jam mencari akhirnya dia berdiri dihadapan Hostal-Albergue Fernando, lokasi nya agak tersorok dan jauh dari main avenue. Betul-betul dihadapan hostel tersebut adalah sebuah gereja lama dan sampainya Imad disambut dengan bunyi loceng dari gereja tersebut mungkin sebagai tanda meraikan kejayaan beliau.

Dia disapa mesra oleh seorang lelaki berambut dreadlock yang bertugas menjaga kaunter di lobi hostel.

"Hari ini mungkin hari bertuah bagi kamu..."

"Setiap hari adalah hari bertuah bagi aku" balas Imad cuba mengukir senyuman dalam kepenatan.

"Aku baru menang nombor ekor walaupun hanya bertaraf saguhati ada baiknya hari bertuah ini aku berkongsi denganmu." sambil menunjukkan kertas nombor ekor kepada Imad.

"Jadi apa bahagian ku?" disusuli ketawa kecil.

"Kamu akan menginap di hostelku secara percuma..."

Belum sempat lelaki berambut dreadlock menghabiskan perkataannya Imad telah pun menjerit kegembiraan.

"Tapi ada syaratnya" dia menyambung.

"Okay aku mendengar"

"Berikan aku satu cerita menarik,satu kisah yang mengasyikkan"

"Baiklah..."

*********************

Pagi itu kota Allepo baru usai menangis, meredakan debu hitam dan cahaya merah di kaki langit kesan dari peperangan yang meletus antara pihak pembebasan dan pihak pemerintah. Bilal perlu segera keluar dari kota  tersebut menuju ke Damsyik dan dari situ dia boleh menumpang kenderaan mahu keluar dari bumi Syria. Mencari nahas jika dia keluar melalui pintu  utara, sempadan Turki-Syria kerana disitu peperangan paling sengit berlaku. Dan kesilapan terbesar sebenarnya ialah memilih Syria sebagai destinasi pengembaraan. Dua hari dia disana dan kemuncaknya semalam perintah berkurung berkuat kuasa, darurat seluruh tanah Syam.

Sedang Bilal berkejaran keluar dari hotel, ada situasi yang menarik perhatiannya. Kelihatan seorang budak kecil berumur bawah belasan tahun sedang menangis menghantuk-hantuk kepalanya di dinding. Bilal mendekatinya. Mukanya kering, matanya merah kesan dari tangisan yang sudah lama dan dahinya terdapat benjolan dan kesan lebam.

“Kenapa adikku? Apa yang berlaku?” dia bertanya.

Pada awal tidak pula diendahkan pertanyaan itu, budak itu diam kaku. Selepas beberapa ketika dia berlari memeluk Bilal. Dia terkejut tidak menyangka akan reaksi sedemikian.

“Tolong aku!!” pintanya dalam esak.

Si kecil mula membuka bicara, malam semalam sepasukan tentera telah menceroboh rumahnya. Malam-malam sebelum itu keluarganya hidup dalam ketakutan, ayah telah pun beberapa kali berpesan, askar akan datang, malam tersebut ia benar berlaku. Dia tidak tahu kenapa dan sebab apa tetapi tentera tersebut memecah pintu rumah dan kerana terlampau takut dia berlari ke dapur menyorok di bawah singki di dalam kabinet dapur. Dari situ dia dapat memerhati setiap detik melalui celahan kayu yang membentuk pintu kabinet. Mereka yang beruniform mendapatkan ayah dan ibunya dengan cara yang kasar, rambut mereka ditarik diseret sesuka hati dalam rumah, mencari sesuatu.

Ayah ibunya disoal dan setiap soalan disusuli tumbukan atau tamparan ke wajah. Tidak tahu kenapa pada waktu tersebut deria pendengarannya seakan-akan lumpuh, hanya desingan yang mampu didengar dan diingati, seperti menonton televisyen tanpa suara. Tangannya menelekup mulut, kemas. Dada berombak kencang. Mahu sahaja dia keluar dari tempat persembunyian mendapatkan mereka. Memarahi tentera berperangai binatang yang kurang ajar melayani ayah ibu sedemikian rupa.

Malam tragis tersebut berakhir apabila seorang dari tentera menjumpai sehelai kertas yang ayahnya simpan di dalam laci. Dikeronyok kertas itu lalu dibaling ke muka ayah yang telah pun lemah longlai dibantai. BAM! Satu tembakan dilepas secara dekat tepat di dahi ayah, dan BAM! Satu lagi peluru menembusi kepala emak. Selepas itu dia tak mampu lagi untuk bercerita….

“Mereka bunuh semua, mereka ambil semua dari aku!!” dia berteriak.

Bilal tidak mampu menahan air mata,betapa beratnya ujian yang menimpa anak sekecil itu.

“Apa yang boleh aku bantu adikku?”


Budak kecil itu menoleh kebelakang menapak dua tiga langkah lalu diambil sesuatu dari tanah.

“Ambil batu ini, bunuhlah aku!”

******************

"Selepas itu apa yang berlaku?" soal lelaki dreadlock yang dari tadi setia tidak berganjak mendengar cerita dari Imad.

"Nampaknya aku telah pun berjaya mencuri perhatian mu dengan cerita itu tadi."

Lelaki itu memberi kunci kepadanya, akur, sebelum dia berlalu ke bilik untuk berehat setelah melalui hari yang memenatkan dia berkata " Bukankah aku katakan sebentar tadi setiap hari adalah hari bertuah bagiku dan mungkin bagimu juga".



p/s: kalau kat sekolah ni cikgu aku mesti tanda "terpesong" kalau buat karangan macam ni, apa kaitan dengan irbid?

Thursday, August 21, 2014

Gym

Kepada sahabatku Bakar yang kini jauh di rantau sendiri.

Bakar sebelum aku memanjang naskhah luahan seribu satu rasa ini, aku ingin memberitahu kau satu perkara, pasukan feveret kita, Jerman telah memenangi Piala Dunia. Pada asalnya aku dan Amir merasa amat gembira tetapi perasaan itu bertukar menjadi sayu bila teringatkan kau yang tiada bersama. Tentu lebih meriah bukan bila mana papan kejayaan itu diangkat oleh kau Bakar kerana bila aku mengangkat dengan penuh kemegahan lengan baju ku tersising lalu menampakkan biceps aku yang tidak seberapa.

Bakar selepas pemergian kau, selalu juga aku masuk ke bilik engkau. Ketika aku membuka pintu, pasti mata ku akan tidak berganjak melihat balang-balang plastik sebesar belalai gajah atau mungkin besar lagi yang mengandungi protein diatas almari buku, tersusun rapi.Ku ambil dan ku buka satu persatu kini protein itu sudah tiada, yang ada hanya otot-otot sasa telah terbina pada tubuh kau. Mengapa engkau biarkan botol itu tertutup ketat dan kejap Bakar? Bersusah payah aku membukanya. Adakah ini salah satu cara kau menyampaikan mesej supaya aku perlu ke gym menjadi seperti engkau? Licik sungguh! licik permainan engkau Bakar, sungguh aku dapat menduga.

Masihkah kau ingat sahabat kita, Jengka yang selalu menjadi ular sawa di rumah kau itu, ya dialah sekarang menghuni bilik kau. Aktiviti menyawa dia bawa ke dalam bilik. Namun sekali sekala apabila dia bosan, dia kembali menyawa di hadapan televisyen sambil bermain game lumba kereta "Inginkan Kelajuan? Bawah Tanah!!" dalam telefon bimbitnya. Satu perkara aku perasan bila mana dia menghuni bilik tersebut, selalu juga aku perhatikan dia berdiri dihadapan cermin dengan tidak berbaju, menayangkan tubuh selepas itu memegang bicepsnya. Ada sekali dia pernah bertanya "Macam mana body aku? okay tak". Cuba kau bayangkan Bakar betapa "okwed" aku ingin menjawab soalan tersebut, aku senyum nipis lalu mengangkat ibu jari ke atas. Mungkin pada fikirannya dengan menghuni bilik engkau, dia akan menjadi engkau. Tak siapa berani menduga, mungkin dia betul mungkin juga ada salahnya.

Banyak perkara yang kita lalui bersama Bakar. Antara perkara yang paling aku ingat bila sahabat kita Hazen di pow arab. Kau mesti ingat bukan, dengan muka selamba Hazen masuk ke rumah tersebut berdiri di hadapan pintu lalu dia berkata "Aku dipow wei!!", kau lah orang pertama yang bertindak balas. Tanpa berfikir panjang kau menyarung baju tanpa lengan.

" Mana Zen jom kita kejar dia, kita ajar cukup-cukup"

Semua orang pada waktu tersebut terasa cukup bersemangat. Semua berlari turun mencari Arab tersebut. Bakar, pada waktu itu larian kau paling bertenaga sedang kami tercungap-cungap mengejar di belakang. Arab tersebut berjaya ditangkap, ketika kau memberikan penumbuk padu ke muka brader tersebut kelihatan air mata bercucuran jatuh ke bumi. Kau yang diketahui mudah terpedaya dengan air muka seseorang segera menghalakan penumbuk itu ke sisi dan ke atas udara tanpa sedar menunjukkan biceps kau yang besar itu. Kecut perut brader berkenaan.

Sebenarnya Bakar aku dah malas nak tulis ni walaupun banyak momen lagi yang kita boleh kongsi bersama, tiba-tiba pula perutku terasa senak, mungkin kerana makan air bergas beralaskan perut kosong. Ya, aku tahu engkau anti betul dengan minuman sedemikian, dan mungkin itulah perkara yang membezakan kita berdua. Maafkan aku Bakar!

Semoga kau berjaya di sana dan jangan pula tinggal sembahyang jemaah di masjid seperti kebiasaan kau lakukan disini.


Yang Benar sahabatmu,

TONaYM KROOS

Majulah sukan untuk semua dan jangan lupa Hashtag #FitMalaysia

Wednesday, August 13, 2014

Cerita Wak Tua ~ Masuri S.N

Add caption
Tang…
berdentang jam dua belas kali
dibawah lampu berdiri
Wak Tua sendiri
kerut-kerut muka penat sehari.

debu siang menyelubungi bumi
dingin mula menggigit kaki, jari
Wak Tua dengan bebanan di pundak
terletak-mencari sesuap nasi.

dari pagi lekuat nafsu penuh
memburu sedkt untung di antara gunung
umur enam puluh tujuh
belum pernah lagi hidup bingung.

siang
mentari membakar muka, hidung
jualan diteriak dilorong
di kampung mengejar sedikit untung.

sekali-sekali
ada orang memanggil makan
muka sedikit cerah kena api merah
bau segar terhirup darah.

jika ada orang bertanya:
“Wak sudah tua
kenapa masih kerja-kerja
apa tidak punya penyambung baka!”

Wak menjawab hanya:
“ada aku anak lapan orang
semua dewasa
punya isteri suami terang
tapi aku bisa memikul beban
bukan membebanii siiapa yang terbeban.

Cerita Wak Tua, Masuri S.N.

Saturday, August 9, 2014

Ketchup

Seorang brader kelaparan tanpa berfikir panjang dia mendail kedai burger berdekatan. Sambil menunggu siaran lansung Liga Perdana Inggeris ada baiknya dia berusaha sedikit untuk mengisi perutnya.

Sebelum kisah ini berlalu lebih panjang ada baiknya diterangkan sedikit latar belakang brader tersebut. Dia orang lama di universiti walaupun dia paling senior dalam geng Lepak-lepak Tak Bertujuan(LTB) tapi dia tidak kekok untuk bergaul dengan member-member yang bertaraf adik baginya. Bak kata pepatah sukan itu menyatukan dan chinggey itu memecahbelahkan. Antara aktiviti hujung minggu geng LTB ialah menonton bola sambil mengulas isu-isu semasa secara surface sahaja (kalau diulas secara ilmiah nanti tidaklah nama kumpulan itu menjadi LTB).

Setelah seminggu bertungkus lumus melawan perasaan malas ke kuliah ada baiknya usaha itu dibalas dengan menikmati hujung bersama member menonton bola atau berborak kosong sambil minum air teh panas. Oleh sebab brader seorang ini orang yang paling senior, bahasa yang digunakan agak klasik. Kadang-kadang semacam dialog dalam drama Yusof Haslam pula, contoh; "walaubagaimanapun" selalu terpacul dari mulutnya (ya memang diakui seluruh negara perkataan tersebut hanya digunakan  ketika menulis karangan SPM untuk mencukupkan jumlah perkataan bagi subjek Bahasa Melayu) tapi digunakannya dalam pertuturan harian.

Berbalik kepada cerita asal, burger yang dipesan telah pun sampai, dia duduk dihadapan kaca televisyen lalu dibuka bungkusan dan disuapkan ke mulut. Bismillah mungkin di dalam hati, kita mungkin tidak tahu. Selepas gigitan pertama;

"Rasa kurang ketchup burger kali ini", dia bersuara.

"Kat rumah ni ada ketchup lebih?" dia memanjangkan soalan kepada geng LTB.

Tanpa menjawab soalan tersebut seorang member ke dapur membawa kicap soya, kebetulan pula seorang dari ahli rumah tersebut baru sahaja pulang dari Malaysia, bekalan kicap dibawa dalam botol Pepsi. Perkara biasa yang dilakukan oleh seorang pelajar luar negara untuk mengelakkan botol kaca kicap pecah dalam beg bagasi.

"Laa abang mintak ketchup bukan kicap, ada ke patut makan burger dengan kicap?"

"Haih korang ni pun", dia mengeluh kelihatan pipinya memboyah dengan makanan penuh di dalam mulut.

Suasana kembali sunyi semua fokus kembali tertumpu kepada kaca televisyen.

Tiba-tiba, datang seorang member lain, dengan keadaan termengah-mengah keletihan berdiri di ruang tamu mengambil nafas. Dia cuba bertenang.

"Hah kau ni kenapa? penat semacam je aku tengok" tegur seorang ahli LTB.

"Arab tadi baling batu, aku kejar lah, tapi tak dapat...." dia beritahu dengan nafas masih tercungap-cungap.

Mungkin kerana terlampau penat diambil botol Pepsi yang berada di tepi brader makan burger tanpa berfikir panjang dia terus meneguk sambil semua mata memerhati kepadanya untuk menanti reaksi seterusnya.

Pada hari tersebut terciptalah satu peribahasa dalam kalangan geng LTB.

"sudah dibaling arab minum kicap pula"

p/s: ketchup ni sos tomota, kalau dulu femes dengan lagu Asereje, The  Ketchup Song.

Saturday, August 2, 2014

Jatuh


bila aku jatuh cinta
melutut di pintu syurga
mengharap cerita seindah bunga
 titis embun di hujung kelopak
semasa terbit mentari pagi

Friday, June 27, 2014

Cerpen: Rumah Sewa


Saiful masuk ke rumah sewanya, baru selesai makan bersama teman sekuliah di kedai palayan berpurdah.

Dia melintasi ruang tamu, teman serumahnya sedang asyik bermain FIFA 2013, tersedar akan kehadiran Saiful, temannya jeda sebentar dari terus bermain.

"Saiful, tolong tengok bilik aku sat, rasa macam ada orang masuk tadi, aku tengah main untuk England lawan Sepanyol ni" pinta temannya sopan.

Sebelum sampai ke biliknya yang berada di hujung sekali, dia singgah sebentar ke bilik temannya itu, dibukanya pintu. Dia menggosok mata, dicubitnya pipi meyakinkan diri sendiri dia tidak bermimpi. Dia kaget. Jantungnya berdegup kencang, kepucatan. Seseorang sedang asyik bermain permainan komputer di komputer ribanya.

"Saiful, tolong tengok ruang tamu sat, rasa macam ada orang masuk rumah tadi buka XBox main FIFA, aku tengah main untuk Italy lawan Ghana ni" minta temannya yang juga dia jumpa di ruang tamu sebentar tadi.


Sunday, March 23, 2014

cerpen: Status Facebook

Hari itu bukan hari yang baik bagi Hitam. Dia mulakan harinya dengan bangun lewat, terkejar-kejar ke ke kelas tanpa menyikat rambut. Dia mula perasan apabila pensyarah menegurnya di dalam kelas.

"Kalau iya pun nak cepat tak tersikat rambut, sekurang-kurangnya sapulah tahi mata tu."

Cepat-cepat dia tunduk kepala, membuka beg mencari tisu untuk lap muka.

Dia menyesal sungguh, menyesal menonton trilogi Lord of The Ring berterusan tanpa henti malam sebelumnya. Selepas ini mungkin dia takkan menonton filem pada malam Ahad lagi. Janji Hitam pada diri sendiri kadang-kadang ditepati tapi banyak lagi yang dilanggari.

Oleh sebab dia sudah tidak tertahan menanggung malu, kelas seterusnya dia ambil keputusan ponteng dan pulang ke rumah. Sambung tidur. Sebelum dia merebahkan dirinya di atas tilam empuk, dia mendaftar masuk Facebook, ditulisnya status.

"Malang sungguh hari ini, aparat sungguh, aku mahu EMOSI!"

Selang beberapa ketika, simbol bumi yang berada di hujung kanan paparan komputernya bertukar warna merah. Menggunakan tetikus dia klik.

"Obama likes your status."

kemudian,

"Oda Nobunaga and 10000 others like your status."

Dia merasa tenang. Dengan sekali hempas kepala sahaja dia sudah hanyut di alam mimpi. Bahagia.


Sunday, March 2, 2014

Cerpen Akhlak Islamiyah

Cidak(mungkin nama sebenar) bangun pagi dan berazam untuk pegi ke kelas pada hari tersebut.

Lahirnya sebuah blog bawah tanah dari rahim blogger.com secara pra-matang

Sebelum aku basuh baju ada baiknya aku buat blog untuk mencarut menghikayatkan beberapa cerita:

1. Benar
2. Separa benar
3. Mustahil untuk benar-benar berlaku

Kalau orang putih dia sebut genre tapi aku yakin hampir separuh dari rakyat Malaysia tak mampu nak menyebutnya dengan sebutan yang betul.

p/s: Cilakeee! menyesal "hutang" idea dengan member-member ni, pastu sibuk nak langsai sebelum grad.