Monday, October 27, 2014

Atok sebuah prequel

"Sekarang ni nak bernafas pun susah", keluh ku sambil mengurut dada perlahan terbongkok-bongkok menggeledah laci mencari ubat asma.

"Kenapa atok?" sampuk cucu ku sedang bermain susun-susun batu bukit yang diimport khas dari satu-satu nya hutan yang terjaga di Malaysia, Taman Negara Gua Musang. yelah sekarang ni dah 2073 nak cari batu, pasir, daun pon susah kalau ada pon mahal, biasalah bila keadaan macam ni adalah pihak yang mengambil kesempatan . Budak-budak zaman sekarang ni disuruh cari serai pun bertukar dengan lalang. Disuruh buat bunyi ayam keluarnya bunyi kucing.

"Udara sekarang ni tak berapa baik Iman, atok nak bernafas pon tak selesa."

Aku perhati je cucu aku ni sibuk benar dia, main dengan kembar dia, Aman, disusun batu batu tersebut selepas itu dipam nya air ke aras yang lebih tinggi dilalukan air ke saluran yang berbentuk S lalu menghempas batu-batu  yang sedia tersusun. Bersorak gembira mereka bila batu batu yang susun tadi berserakan dihempas air. Sempat si Iman menjeling kepada ku.

"Atok jadi kan Iman dan Aman buat air terjun Sunway Lagoon?" soalnya basah kuyup.

"Air terjun Sunway Lagoon wadehek?!" aku bermonolog sendirian sambil menggeleng kepala.

"Kalau Iman anak soleh tolong carikan ubat atok dekat laci sana, atok lupa"

"Kat dalam ni ke atok?" ditunjuknya laci game Xbox dan PS4 yang tersusun rapi koleksi peribadi vintage diriku, aku mengangguk tanda mengiyakan telatah budak kecil itu.

"Sebab Aman adik Aman merangkak dulu biar akak pijak belakang, akak tak sampai la nak cari level atas ni"

"Orait, nanti bila Aman dah rasa boring dengan kehidupan merangkak ni kita switch, ok?"

"Ok!" mereka sepakat.

Aku perhatikan sahaja lagak bahaya mereka berdua. Ada baiknya dibiarkan sahaja mereka hidup dalam keadaan mencabar sekali sekala.

Sedang Iman bertungkus lumus meraba-raba mencari ubat ku, dia terkuis sebuah buku lalu... Bam! bunyi buku itu jatuh ke bawah. Tiada siapa cedera jangan risau. Lalu tumpuan kami semua tepat pada buku tersebut. Aman membuka buku tersebut.

"Atok ni gambar siapa?" sambil membelek buku tersebut.

Aku pergi mendapatkan mereka.

"Oh ni album lama, zaman atok muda hepi hepi dengan member"

"Atok ini siapa?"

"Yang mana?"

"Yang ni lah..." ditunjuknya jari sambil memuncungkan mulut.

"Oh yang ni lah kawan atok masa atok kat Jordan dulu nama dia....." (bersambung)


p/s: zaman maju kemain simpan gambar dalam album lagi? kahkahkah

No comments:

Post a Comment