Thursday, September 25, 2014

Minggu Taaruf Siswa

Otai baru balik dari kelas, selepas kelas beliau rasa lapar ada baiknya dibeli makanan berupa kebab di kedai yang terletak di tengah perjalanan balik ke rumah. Beliau sebenarnya sudah lama tidak masak di rumah kekangan masa sebagai pelajar tahun 6 menghalangnya berbuat demikian. Semua rakan seperjuangan sudah pun pulang ke Malaysia, maklumlah sebahagian dari mereka hanya memerlukan empat atau lima tahun sahaja untuk menamatkan pengajian.

Kalau diikutkan ranking senioriti, beliaulah paling senior di Irbid, dahla paling senior mahir bercakap turki dan pakar dalam ilmu geografi. Ada satu hari semasa aku dalam perjalanan ke mana entah, aku dah lupa aku terserempak dengan beliau, ketika itu dia baru pulang dari mengembara, kembara di selatan Turki. Kata beliau ketika itu kalut pihak kurdis mahu menubuhkan negara Kurdistan yang meliputi utara Syria, selatan Turki dan sedikit hujung dari Iraq(aku tak tahu nak describe macam mana geografinya).

"Di sana sekarang kalau waktu malam, aku dengar lah bunyi tembakan dari tentera pemisah atau pun dari tentera nasional Turki." jelas beliau panjang lebar.

Sebelum melalut ke cerita ini, Otai masuk lah ke dalam kedai kebab. Beliau perasan ada dua tiga orang junior juga tengah order makanan. Sebelum ke kaunter, Otai berfikir sekejap makanan apa yang sesuai dapat mengkaver makan malamnya sekali kalau boleh. Sedang syok beliau memerhati menu junior mula menegur.

"Apahal kau ni? pakai formal, minggu taaruf dah abis lah" tegur junior tersebut. Otai balas dengan senyuman.

"Kau nak makan apa?"

"Kalau nak jimat beli sandwich je taklah mahal macam kau beli meal"

"Betul tu tapi kalau beli meal kenyanglah, baki lebihan boleh bawak ke malam pastu panaskan" tambah junior ke dua sambil mengemaskan rambut sikat tepi yang agak serabut setelah ditiup angin.

"Oh ye ke?" Otai mengangguk tanda buat-buat faham.

"Kalau taknak sayur dalam meal ni nak cakap apa kat diorang ni?"

Mereka bertiga diam sebentar.

"Haah lah lupa pulak abang fasi masa minggu suai kenal ada ajar benda ni aku lupa, kau ingat?" bertanya kepada member sebelahnya.

Mereka semua terkumat kamit cuba ingat apa yang diajar oleh mentor mereka sebelum ini.

"Dem! aku lupa lah" tangan ditumbuk ke meja. Dia geram.  Semua pekerja dalam restoran tersebut tergaman.

Otai ambil makanannya terus berlalu pergi meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

p/s: salam, senyum, sapa.

2 comments:

  1. Ni kisah benar ke berdasarkan kisah benar?

    ReplyDelete
  2. taktau la seiras-iras kisah benar ke tak tapi kejadian berlaku di khonzaid..hehe

    ReplyDelete