Setelah lebih kurang setengah jam mencari akhirnya dia berdiri dihadapan Hostal-Albergue Fernando, lokasi nya agak tersorok dan jauh dari main avenue. Betul-betul dihadapan hostel tersebut adalah sebuah gereja lama dan sampainya Imad disambut dengan bunyi loceng dari gereja tersebut mungkin sebagai tanda meraikan kejayaan beliau.
Dia disapa mesra oleh seorang lelaki berambut dreadlock yang bertugas menjaga kaunter di lobi hostel.
"Hari ini mungkin hari bertuah bagi kamu..."
"Setiap hari adalah hari bertuah bagi aku" balas Imad cuba mengukir senyuman dalam kepenatan.
"Aku baru menang nombor ekor walaupun hanya bertaraf saguhati ada baiknya hari bertuah ini aku berkongsi denganmu." sambil menunjukkan kertas nombor ekor kepada Imad.
"Jadi apa bahagian ku?" disusuli ketawa kecil.
"Kamu akan menginap di hostelku secara percuma..."
Belum sempat lelaki berambut dreadlock menghabiskan perkataannya Imad telah pun menjerit kegembiraan.
"Tapi ada syaratnya" dia menyambung.
"Okay aku mendengar"
"Berikan aku satu cerita menarik,satu kisah yang mengasyikkan"
"Baiklah..."
*********************
Pagi itu kota Allepo baru usai menangis, meredakan debu
hitam dan cahaya merah di kaki langit kesan dari peperangan yang meletus antara
pihak pembebasan dan pihak pemerintah. Bilal perlu segera keluar dari kota tersebut menuju ke Damsyik dan dari situ dia boleh menumpang kenderaan mahu keluar
dari bumi Syria. Mencari nahas jika dia keluar melalui pintu utara, sempadan Turki-Syria kerana disitu
peperangan paling sengit berlaku. Dan kesilapan terbesar sebenarnya ialah
memilih Syria sebagai destinasi pengembaraan. Dua hari dia disana dan kemuncaknya semalam
perintah berkurung berkuat kuasa, darurat seluruh tanah Syam.
Sedang Bilal berkejaran keluar dari hotel, ada situasi yang menarik perhatiannya. Kelihatan seorang budak kecil berumur bawah belasan tahun sedang menangis menghantuk-hantuk kepalanya di dinding. Bilal mendekatinya. Mukanya kering, matanya merah kesan dari tangisan yang sudah lama dan dahinya terdapat benjolan dan kesan lebam.
“Kenapa adikku? Apa yang berlaku?” dia bertanya.
Sedang Bilal berkejaran keluar dari hotel, ada situasi yang menarik perhatiannya. Kelihatan seorang budak kecil berumur bawah belasan tahun sedang menangis menghantuk-hantuk kepalanya di dinding. Bilal mendekatinya. Mukanya kering, matanya merah kesan dari tangisan yang sudah lama dan dahinya terdapat benjolan dan kesan lebam.
“Kenapa adikku? Apa yang berlaku?” dia bertanya.
Pada awal tidak pula diendahkan pertanyaan itu, budak itu diam
kaku. Selepas beberapa ketika dia berlari memeluk Bilal. Dia terkejut tidak menyangka akan reaksi sedemikian.
“Tolong aku!!” pintanya dalam esak.
“Tolong aku!!” pintanya dalam esak.
Si kecil mula membuka bicara, malam semalam sepasukan
tentera telah menceroboh rumahnya. Malam-malam sebelum itu keluarganya hidup dalam
ketakutan, ayah telah pun beberapa kali berpesan, askar akan datang, malam tersebut ia benar berlaku. Dia tidak tahu kenapa dan sebab apa tetapi tentera tersebut
memecah pintu rumah dan kerana terlampau takut dia berlari ke dapur menyorok di
bawah singki di dalam kabinet dapur. Dari situ dia dapat memerhati setiap detik
melalui celahan kayu yang membentuk pintu kabinet. Mereka yang beruniform mendapatkan ayah dan
ibunya dengan cara yang kasar, rambut mereka ditarik diseret sesuka hati dalam
rumah, mencari sesuatu.
Ayah ibunya disoal dan setiap soalan disusuli tumbukan atau
tamparan ke wajah. Tidak tahu kenapa pada waktu tersebut deria pendengarannya
seakan-akan lumpuh, hanya desingan yang mampu didengar dan diingati, seperti menonton
televisyen tanpa suara. Tangannya menelekup mulut, kemas. Dada berombak kencang.
Mahu sahaja dia keluar dari tempat persembunyian mendapatkan mereka. Memarahi
tentera berperangai binatang yang kurang ajar melayani ayah ibu sedemikian rupa.
Malam tragis tersebut berakhir apabila seorang dari tentera
menjumpai sehelai kertas yang ayahnya simpan di dalam laci. Dikeronyok kertas
itu lalu dibaling ke muka ayah yang telah pun lemah longlai dibantai. BAM! Satu
tembakan dilepas secara dekat tepat di dahi ayah, dan BAM! Satu lagi peluru
menembusi kepala emak. Selepas itu dia tak mampu lagi untuk bercerita….
“Mereka bunuh semua, mereka ambil semua dari aku!!” dia berteriak.
Bilal tidak mampu menahan air mata,betapa beratnya ujian yang menimpa anak sekecil itu.
“Apa yang boleh aku bantu adikku?”
“Mereka bunuh semua, mereka ambil semua dari aku!!” dia berteriak.
Bilal tidak mampu menahan air mata,betapa beratnya ujian yang menimpa anak sekecil itu.
“Apa yang boleh aku bantu adikku?”
Budak kecil itu menoleh kebelakang menapak dua tiga langkah
lalu diambil sesuatu dari tanah.
“Ambil batu ini, bunuhlah aku!”
******************
“Ambil batu ini, bunuhlah aku!”
******************
"Selepas itu apa yang berlaku?" soal lelaki dreadlock yang dari tadi setia tidak berganjak mendengar cerita dari Imad.
"Nampaknya aku telah pun berjaya mencuri perhatian mu dengan cerita itu tadi."
Lelaki itu memberi kunci kepadanya, akur, sebelum dia berlalu ke bilik untuk berehat setelah melalui hari yang memenatkan dia berkata " Bukankah aku katakan sebentar tadi setiap hari adalah hari bertuah bagiku dan mungkin bagimu juga".
Lelaki itu memberi kunci kepadanya, akur, sebelum dia berlalu ke bilik untuk berehat setelah melalui hari yang memenatkan dia berkata " Bukankah aku katakan sebentar tadi setiap hari adalah hari bertuah bagiku dan mungkin bagimu juga".
p/s: kalau kat sekolah ni cikgu aku mesti tanda "terpesong" kalau buat karangan macam ni, apa kaitan dengan irbid?
No comments:
Post a Comment