Lepas round hari itu Jim lepak tasik, walau hari tu mendung-mendung nak hujan dia tak kira dia mahu lepak juga. Dia frust betul hari itu, semalam awek dia hantar mesej minta putus. Jiwa dia kacau sebab itulah dia ke tasik di tepi universiti untuk menenangkan fikiran. Bajet jiwang karen betul Jim nih.
"Bersabarlah sayang aku akan pulang" dia balas mesej makwenya sambil duduk bawah pokok.
Dia tunggu seminit dua, dia buka balik aplikasi mesej, dia tengok ada dua tick sebentar tadinya berwarna kelabu kini bertukar warna biru. Jiwanya bertambah kusut.
"Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku" dia sentuh butang send.
"Berjanjilah sayang ku selalu setia, meski ku tak selalu disampingmu" dia send lagi.
"Tak usah kau menangis meratapi aku!!" sebelum dia tekan send dia fikir ayat ini macam ni tak kena. Dia delete balik lalu disimpan telefonnya dalam poket. Dia sudah putus harapan.(Hek eleh benda tu pon nak bawak serius, pui!!)
"Mana mungkin selimut tetangga hangati tubuhku dalam kedinginan" Jim bermonolog sendirian.
Tanpa dia sedar, member baiknya, Ajim, sudah berada disebelahnya, lama juga dia sampai tapi tidak disedari lansung oleh Jim.Khusyuk betul layan perasaan katakan.
"Aku tanya apa khabar?" Ajim menyapa.
Namun tidak dijawab Jim.
"Aku tanya apa khabar, SEMUAaaa??", soalan sama ditanya dengan nada sedikit menjerkah.
Jim mula tersedar dari lamunan. Dia pandang membernya dengan muka toye. Ajim mula kesian.
"Merenung ke luar jendela bayu pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa purnama menerangi gelapmu" Ajim cuba memberi kata semangat.
" Dan bila fajar menjelma itulah permulaan hari baru, Dunia gamat bunyinya sunyimu hanya Tuhan tahu" Jim menambah lagi.
"Dalam perjalanan banyak persimpangan, dimana kita bertukar arah kau lurus ke kiri dia tegak ke kanan dimana mungkin tersilap langkah."
Suasana sepi.
"Sudahlah Ajim jom kita balik hujan pon dah start turun ni." cadang Jim.
"Hujan yang turun bagaikan...."
Belum sempat Ajim menyudahkan kata-katanya laju Jim pintas.
"Dah la tu nyanyi dah naik pekak aku ni weyh."
No comments:
Post a Comment