"Kalau iya pun nak cepat tak tersikat rambut, sekurang-kurangnya sapulah tahi mata tu."
Cepat-cepat dia tunduk kepala, membuka beg mencari tisu untuk lap muka.
Dia menyesal sungguh, menyesal menonton trilogi Lord of The Ring berterusan tanpa henti malam sebelumnya. Selepas ini
Oleh sebab dia sudah tidak tertahan menanggung malu, kelas seterusnya dia ambil keputusan ponteng dan pulang ke rumah. Sambung tidur. Sebelum dia merebahkan dirinya di atas tilam empuk, dia mendaftar masuk Facebook, ditulisnya status.
"Malang sungguh hari ini, aparat sungguh, aku mahu EMOSI!"
Selang beberapa ketika, simbol bumi yang berada di hujung kanan paparan komputernya bertukar warna merah. Menggunakan tetikus dia klik.
"Obama likes your status."
kemudian,
"Oda Nobunaga and 10000 others like your status."
Dia merasa tenang. Dengan sekali hempas kepala sahaja dia sudah hanyut di alam mimpi. Bahagia.
No comments:
Post a Comment