Jadinya bila seseorang itu guna perkataan "optimun" maka kita boleh simpulkan dia pernah atau mempunyai latarbelakang sains, tidaklah masuk akal untuk orang tua ataupun bahasa yang up sikit warga emas bersembang di sesama mereka menggunakan perkataan tersebut. Kecualilah warga emas itu dulunya seorang saintis ataupun cikgu sains( itupun tak logik juga sebenarnya sebab subjek sains dulu orang sebut sebagai ilmu alam).
Optimun dalam bahasa Inggeris ini merujuk kepada frasa "the best" yang juga membawa maksud "terbaik" dalam bahasa Melayu. Jadi bila ada doktor atau student bercakap contohnya "ph optimun bagi badan manusia adalah sekian-sekian...." menerangkan ph terbaik bagi badan melakukan fisiologi-fisiologinya.
Masalahnya timbul bila "optimun" ini diterjemah kepada bahasa melayu kerana secara budayanya keadaan terbaik itu bagi bangsa melayu bukan bermaksud paling baik atau paling mantap tetapi lebih tepat atau lebih dekat kepada keadaan "berpada-pada". Sesuai dengan pepatah melayu "buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali" dan selalu juga kita dengar biasanya dari golongan mak-mak terutamanya, selalu berpesan "nak berjalan pun berpada-padalah", "makan tu berpada-padalah" memberi satu nasihat yang optimun untuk kita.
Begitu juga makna optimun jika diambil dari aspek agama Islam, kata sifat "optimun" tidak diterjemah sebagai "ahsan(terbaik)" tetapi paling hampir kepada perkataan "wusta" yang membawa maksud ditengah-tengah atau bersederhana. Setiap yang terbaik dari agama Islam tidak kira dari aspek ibadah, akhlak, muamalah bukanlah berlebihan tetapi sederhana sifatnya.
kenapa aku tiba-tiba sebut pasal optimun ni?

dulu ada seorang brader besar Ulya pernah dan selalu berpesan
"tertutup jangan sampai jumud terbuka jangan sampai hanyut"
itulah optimun bagi kami disini.
p/s; mesti pening dan tak paham kan? aku pon tak paham jugak sebenarnya kahkahkahkah
No comments:
Post a Comment