Thursday, August 21, 2014

Gym

Kepada sahabatku Bakar yang kini jauh di rantau sendiri.

Bakar sebelum aku memanjang naskhah luahan seribu satu rasa ini, aku ingin memberitahu kau satu perkara, pasukan feveret kita, Jerman telah memenangi Piala Dunia. Pada asalnya aku dan Amir merasa amat gembira tetapi perasaan itu bertukar menjadi sayu bila teringatkan kau yang tiada bersama. Tentu lebih meriah bukan bila mana papan kejayaan itu diangkat oleh kau Bakar kerana bila aku mengangkat dengan penuh kemegahan lengan baju ku tersising lalu menampakkan biceps aku yang tidak seberapa.

Bakar selepas pemergian kau, selalu juga aku masuk ke bilik engkau. Ketika aku membuka pintu, pasti mata ku akan tidak berganjak melihat balang-balang plastik sebesar belalai gajah atau mungkin besar lagi yang mengandungi protein diatas almari buku, tersusun rapi.Ku ambil dan ku buka satu persatu kini protein itu sudah tiada, yang ada hanya otot-otot sasa telah terbina pada tubuh kau. Mengapa engkau biarkan botol itu tertutup ketat dan kejap Bakar? Bersusah payah aku membukanya. Adakah ini salah satu cara kau menyampaikan mesej supaya aku perlu ke gym menjadi seperti engkau? Licik sungguh! licik permainan engkau Bakar, sungguh aku dapat menduga.

Masihkah kau ingat sahabat kita, Jengka yang selalu menjadi ular sawa di rumah kau itu, ya dialah sekarang menghuni bilik kau. Aktiviti menyawa dia bawa ke dalam bilik. Namun sekali sekala apabila dia bosan, dia kembali menyawa di hadapan televisyen sambil bermain game lumba kereta "Inginkan Kelajuan? Bawah Tanah!!" dalam telefon bimbitnya. Satu perkara aku perasan bila mana dia menghuni bilik tersebut, selalu juga aku perhatikan dia berdiri dihadapan cermin dengan tidak berbaju, menayangkan tubuh selepas itu memegang bicepsnya. Ada sekali dia pernah bertanya "Macam mana body aku? okay tak". Cuba kau bayangkan Bakar betapa "okwed" aku ingin menjawab soalan tersebut, aku senyum nipis lalu mengangkat ibu jari ke atas. Mungkin pada fikirannya dengan menghuni bilik engkau, dia akan menjadi engkau. Tak siapa berani menduga, mungkin dia betul mungkin juga ada salahnya.

Banyak perkara yang kita lalui bersama Bakar. Antara perkara yang paling aku ingat bila sahabat kita Hazen di pow arab. Kau mesti ingat bukan, dengan muka selamba Hazen masuk ke rumah tersebut berdiri di hadapan pintu lalu dia berkata "Aku dipow wei!!", kau lah orang pertama yang bertindak balas. Tanpa berfikir panjang kau menyarung baju tanpa lengan.

" Mana Zen jom kita kejar dia, kita ajar cukup-cukup"

Semua orang pada waktu tersebut terasa cukup bersemangat. Semua berlari turun mencari Arab tersebut. Bakar, pada waktu itu larian kau paling bertenaga sedang kami tercungap-cungap mengejar di belakang. Arab tersebut berjaya ditangkap, ketika kau memberikan penumbuk padu ke muka brader tersebut kelihatan air mata bercucuran jatuh ke bumi. Kau yang diketahui mudah terpedaya dengan air muka seseorang segera menghalakan penumbuk itu ke sisi dan ke atas udara tanpa sedar menunjukkan biceps kau yang besar itu. Kecut perut brader berkenaan.

Sebenarnya Bakar aku dah malas nak tulis ni walaupun banyak momen lagi yang kita boleh kongsi bersama, tiba-tiba pula perutku terasa senak, mungkin kerana makan air bergas beralaskan perut kosong. Ya, aku tahu engkau anti betul dengan minuman sedemikian, dan mungkin itulah perkara yang membezakan kita berdua. Maafkan aku Bakar!

Semoga kau berjaya di sana dan jangan pula tinggal sembahyang jemaah di masjid seperti kebiasaan kau lakukan disini.


Yang Benar sahabatmu,

TONaYM KROOS

Majulah sukan untuk semua dan jangan lupa Hashtag #FitMalaysia

No comments:

Post a Comment