Friday, August 29, 2014

Ambil Garisan yang Gagal

Cerita bermula bila malam menjelma, saat cenggerik sedang asyik melagukan lagu krik krik krik mereka. Ada dua orang pemuda kacak sedang duduk berehat-rehat selepas mengharungi hari yang penat di hospital. Tugas sebagai seorang pelajar perubatan bukan tugas yang mudah, keluar rumah awal pagi, embun pun masih belum kering ketika itu dan kalau musim sejuk mereka pulang bila matahari sudah pun terbenam.

Seorang dari mereka, Roy asyik melurut-lurut telefon bimbitnya, dari awal lagi tangannya tidak lepas bersama gajet kesayangnya itu. Memang itulah perangainya sejak dia memiliki telefon pintar. Pernah satu ketika telefon bimbitnya "hilang", separuh gila dibuatnya pada hari tersebut, nasib baik belum sampai tahap meracau-racau. Walhal member-membernya telah pun bepakat menghilang telefon bimbitnya untuk meraikan hari kelahiran pada malam tersebut. Pada malam tersebut mereka memulangkan semula kepada Roy dan perkara ini telah menggembirakannya. Katanya inilah hadiah yang paling berharga sepanjang hayat. Member-member Roy menarik nafas lega tanda plan yang berjaya. Jimat pun jimat.

Tiba-tiba Roy mengeluh panjang dan keluhan ini menarik perhatian member, Sumi yang berada di sebelahnya.

"Engkau ni pehal?"

"Awek aku ni merajuk pulak"

Roy tidak tahu mengapa. Selepas dia menghantar mesej:

Are you my betamethasone? cause....
When i meet you i'll have SOB


#medicalpickupline

Ditunjukkan mesej kepada Sumi selepas membaca mesej tersebut Sumi ketawa berdekah-dekah.

"Chinggey kau yang mana satu ni" Sumi bertanya masih lagi menahan gelak.

"Yang study pengajian islam tu lah"

"Patut la chinggey solehah rupanya"

Sumi memberitahu dalam istilah perubatan memanglah sesak nafas itu ditulis atau disebut SOB (shortness of breath) tetapi bagi yang tidak biasa dengan istilah ini mereka akan tersalah faham.

"Salah faham macam mana?" laju Roy bertanya.

"SOB.... you son of bitch!!" disusuli ketawa berdekah-dekah dari Sumi.

"Lagi satu, kau tau apa maksud pickup line dalam bahasa Melayu?" dia menduga.

"Entoh ler" sambil jari-jemarinya kembali melurut-lurut telefon pintarnya.

"Yang tu kau kena tengok apa tajuk post ni kat atas tu"

No comments:

Post a Comment