Friday, August 29, 2014

Ambil Garisan yang Gagal

Cerita bermula bila malam menjelma, saat cenggerik sedang asyik melagukan lagu krik krik krik mereka. Ada dua orang pemuda kacak sedang duduk berehat-rehat selepas mengharungi hari yang penat di hospital. Tugas sebagai seorang pelajar perubatan bukan tugas yang mudah, keluar rumah awal pagi, embun pun masih belum kering ketika itu dan kalau musim sejuk mereka pulang bila matahari sudah pun terbenam.

Seorang dari mereka, Roy asyik melurut-lurut telefon bimbitnya, dari awal lagi tangannya tidak lepas bersama gajet kesayangnya itu. Memang itulah perangainya sejak dia memiliki telefon pintar. Pernah satu ketika telefon bimbitnya "hilang", separuh gila dibuatnya pada hari tersebut, nasib baik belum sampai tahap meracau-racau. Walhal member-membernya telah pun bepakat menghilang telefon bimbitnya untuk meraikan hari kelahiran pada malam tersebut. Pada malam tersebut mereka memulangkan semula kepada Roy dan perkara ini telah menggembirakannya. Katanya inilah hadiah yang paling berharga sepanjang hayat. Member-member Roy menarik nafas lega tanda plan yang berjaya. Jimat pun jimat.

Tiba-tiba Roy mengeluh panjang dan keluhan ini menarik perhatian member, Sumi yang berada di sebelahnya.

"Engkau ni pehal?"

"Awek aku ni merajuk pulak"

Roy tidak tahu mengapa. Selepas dia menghantar mesej:

Are you my betamethasone? cause....
When i meet you i'll have SOB


#medicalpickupline

Ditunjukkan mesej kepada Sumi selepas membaca mesej tersebut Sumi ketawa berdekah-dekah.

"Chinggey kau yang mana satu ni" Sumi bertanya masih lagi menahan gelak.

"Yang study pengajian islam tu lah"

"Patut la chinggey solehah rupanya"

Sumi memberitahu dalam istilah perubatan memanglah sesak nafas itu ditulis atau disebut SOB (shortness of breath) tetapi bagi yang tidak biasa dengan istilah ini mereka akan tersalah faham.

"Salah faham macam mana?" laju Roy bertanya.

"SOB.... you son of bitch!!" disusuli ketawa berdekah-dekah dari Sumi.

"Lagi satu, kau tau apa maksud pickup line dalam bahasa Melayu?" dia menduga.

"Entoh ler" sambil jari-jemarinya kembali melurut-lurut telefon pintarnya.

"Yang tu kau kena tengok apa tajuk post ni kat atas tu"

Thursday, August 28, 2014

Cerita Seorang Wisata

Hari itu sungguh panas, bahangnya membakar lapisan kulit, nasib baik Imad seorang Melayu tidaklah ketara kesan sinaran terik suria pada kulit sawa matangnya berbanding mereka yang berbangsa Eropah. Bayu pantai yang mampu memberi sedikit kelegaan kepada pejalan kaki terhalang kerana susunan bangunan yang agak berterabur kerana masih mengekalkan binaan asal dari zaman Gaudi lagi. Keadaan ini menyukar Imad untuk mencari tempat penginapan yang telah ditempah secara atas talian beberapa hari sebelum.

Setelah lebih kurang setengah jam mencari akhirnya dia berdiri dihadapan Hostal-Albergue Fernando, lokasi nya agak tersorok dan jauh dari main avenue. Betul-betul dihadapan hostel tersebut adalah sebuah gereja lama dan sampainya Imad disambut dengan bunyi loceng dari gereja tersebut mungkin sebagai tanda meraikan kejayaan beliau.

Dia disapa mesra oleh seorang lelaki berambut dreadlock yang bertugas menjaga kaunter di lobi hostel.

"Hari ini mungkin hari bertuah bagi kamu..."

"Setiap hari adalah hari bertuah bagi aku" balas Imad cuba mengukir senyuman dalam kepenatan.

"Aku baru menang nombor ekor walaupun hanya bertaraf saguhati ada baiknya hari bertuah ini aku berkongsi denganmu." sambil menunjukkan kertas nombor ekor kepada Imad.

"Jadi apa bahagian ku?" disusuli ketawa kecil.

"Kamu akan menginap di hostelku secara percuma..."

Belum sempat lelaki berambut dreadlock menghabiskan perkataannya Imad telah pun menjerit kegembiraan.

"Tapi ada syaratnya" dia menyambung.

"Okay aku mendengar"

"Berikan aku satu cerita menarik,satu kisah yang mengasyikkan"

"Baiklah..."

*********************

Pagi itu kota Allepo baru usai menangis, meredakan debu hitam dan cahaya merah di kaki langit kesan dari peperangan yang meletus antara pihak pembebasan dan pihak pemerintah. Bilal perlu segera keluar dari kota  tersebut menuju ke Damsyik dan dari situ dia boleh menumpang kenderaan mahu keluar dari bumi Syria. Mencari nahas jika dia keluar melalui pintu  utara, sempadan Turki-Syria kerana disitu peperangan paling sengit berlaku. Dan kesilapan terbesar sebenarnya ialah memilih Syria sebagai destinasi pengembaraan. Dua hari dia disana dan kemuncaknya semalam perintah berkurung berkuat kuasa, darurat seluruh tanah Syam.

Sedang Bilal berkejaran keluar dari hotel, ada situasi yang menarik perhatiannya. Kelihatan seorang budak kecil berumur bawah belasan tahun sedang menangis menghantuk-hantuk kepalanya di dinding. Bilal mendekatinya. Mukanya kering, matanya merah kesan dari tangisan yang sudah lama dan dahinya terdapat benjolan dan kesan lebam.

“Kenapa adikku? Apa yang berlaku?” dia bertanya.

Pada awal tidak pula diendahkan pertanyaan itu, budak itu diam kaku. Selepas beberapa ketika dia berlari memeluk Bilal. Dia terkejut tidak menyangka akan reaksi sedemikian.

“Tolong aku!!” pintanya dalam esak.

Si kecil mula membuka bicara, malam semalam sepasukan tentera telah menceroboh rumahnya. Malam-malam sebelum itu keluarganya hidup dalam ketakutan, ayah telah pun beberapa kali berpesan, askar akan datang, malam tersebut ia benar berlaku. Dia tidak tahu kenapa dan sebab apa tetapi tentera tersebut memecah pintu rumah dan kerana terlampau takut dia berlari ke dapur menyorok di bawah singki di dalam kabinet dapur. Dari situ dia dapat memerhati setiap detik melalui celahan kayu yang membentuk pintu kabinet. Mereka yang beruniform mendapatkan ayah dan ibunya dengan cara yang kasar, rambut mereka ditarik diseret sesuka hati dalam rumah, mencari sesuatu.

Ayah ibunya disoal dan setiap soalan disusuli tumbukan atau tamparan ke wajah. Tidak tahu kenapa pada waktu tersebut deria pendengarannya seakan-akan lumpuh, hanya desingan yang mampu didengar dan diingati, seperti menonton televisyen tanpa suara. Tangannya menelekup mulut, kemas. Dada berombak kencang. Mahu sahaja dia keluar dari tempat persembunyian mendapatkan mereka. Memarahi tentera berperangai binatang yang kurang ajar melayani ayah ibu sedemikian rupa.

Malam tragis tersebut berakhir apabila seorang dari tentera menjumpai sehelai kertas yang ayahnya simpan di dalam laci. Dikeronyok kertas itu lalu dibaling ke muka ayah yang telah pun lemah longlai dibantai. BAM! Satu tembakan dilepas secara dekat tepat di dahi ayah, dan BAM! Satu lagi peluru menembusi kepala emak. Selepas itu dia tak mampu lagi untuk bercerita….

“Mereka bunuh semua, mereka ambil semua dari aku!!” dia berteriak.

Bilal tidak mampu menahan air mata,betapa beratnya ujian yang menimpa anak sekecil itu.

“Apa yang boleh aku bantu adikku?”


Budak kecil itu menoleh kebelakang menapak dua tiga langkah lalu diambil sesuatu dari tanah.

“Ambil batu ini, bunuhlah aku!”

******************

"Selepas itu apa yang berlaku?" soal lelaki dreadlock yang dari tadi setia tidak berganjak mendengar cerita dari Imad.

"Nampaknya aku telah pun berjaya mencuri perhatian mu dengan cerita itu tadi."

Lelaki itu memberi kunci kepadanya, akur, sebelum dia berlalu ke bilik untuk berehat setelah melalui hari yang memenatkan dia berkata " Bukankah aku katakan sebentar tadi setiap hari adalah hari bertuah bagiku dan mungkin bagimu juga".



p/s: kalau kat sekolah ni cikgu aku mesti tanda "terpesong" kalau buat karangan macam ni, apa kaitan dengan irbid?

Thursday, August 21, 2014

Gym

Kepada sahabatku Bakar yang kini jauh di rantau sendiri.

Bakar sebelum aku memanjang naskhah luahan seribu satu rasa ini, aku ingin memberitahu kau satu perkara, pasukan feveret kita, Jerman telah memenangi Piala Dunia. Pada asalnya aku dan Amir merasa amat gembira tetapi perasaan itu bertukar menjadi sayu bila teringatkan kau yang tiada bersama. Tentu lebih meriah bukan bila mana papan kejayaan itu diangkat oleh kau Bakar kerana bila aku mengangkat dengan penuh kemegahan lengan baju ku tersising lalu menampakkan biceps aku yang tidak seberapa.

Bakar selepas pemergian kau, selalu juga aku masuk ke bilik engkau. Ketika aku membuka pintu, pasti mata ku akan tidak berganjak melihat balang-balang plastik sebesar belalai gajah atau mungkin besar lagi yang mengandungi protein diatas almari buku, tersusun rapi.Ku ambil dan ku buka satu persatu kini protein itu sudah tiada, yang ada hanya otot-otot sasa telah terbina pada tubuh kau. Mengapa engkau biarkan botol itu tertutup ketat dan kejap Bakar? Bersusah payah aku membukanya. Adakah ini salah satu cara kau menyampaikan mesej supaya aku perlu ke gym menjadi seperti engkau? Licik sungguh! licik permainan engkau Bakar, sungguh aku dapat menduga.

Masihkah kau ingat sahabat kita, Jengka yang selalu menjadi ular sawa di rumah kau itu, ya dialah sekarang menghuni bilik kau. Aktiviti menyawa dia bawa ke dalam bilik. Namun sekali sekala apabila dia bosan, dia kembali menyawa di hadapan televisyen sambil bermain game lumba kereta "Inginkan Kelajuan? Bawah Tanah!!" dalam telefon bimbitnya. Satu perkara aku perasan bila mana dia menghuni bilik tersebut, selalu juga aku perhatikan dia berdiri dihadapan cermin dengan tidak berbaju, menayangkan tubuh selepas itu memegang bicepsnya. Ada sekali dia pernah bertanya "Macam mana body aku? okay tak". Cuba kau bayangkan Bakar betapa "okwed" aku ingin menjawab soalan tersebut, aku senyum nipis lalu mengangkat ibu jari ke atas. Mungkin pada fikirannya dengan menghuni bilik engkau, dia akan menjadi engkau. Tak siapa berani menduga, mungkin dia betul mungkin juga ada salahnya.

Banyak perkara yang kita lalui bersama Bakar. Antara perkara yang paling aku ingat bila sahabat kita Hazen di pow arab. Kau mesti ingat bukan, dengan muka selamba Hazen masuk ke rumah tersebut berdiri di hadapan pintu lalu dia berkata "Aku dipow wei!!", kau lah orang pertama yang bertindak balas. Tanpa berfikir panjang kau menyarung baju tanpa lengan.

" Mana Zen jom kita kejar dia, kita ajar cukup-cukup"

Semua orang pada waktu tersebut terasa cukup bersemangat. Semua berlari turun mencari Arab tersebut. Bakar, pada waktu itu larian kau paling bertenaga sedang kami tercungap-cungap mengejar di belakang. Arab tersebut berjaya ditangkap, ketika kau memberikan penumbuk padu ke muka brader tersebut kelihatan air mata bercucuran jatuh ke bumi. Kau yang diketahui mudah terpedaya dengan air muka seseorang segera menghalakan penumbuk itu ke sisi dan ke atas udara tanpa sedar menunjukkan biceps kau yang besar itu. Kecut perut brader berkenaan.

Sebenarnya Bakar aku dah malas nak tulis ni walaupun banyak momen lagi yang kita boleh kongsi bersama, tiba-tiba pula perutku terasa senak, mungkin kerana makan air bergas beralaskan perut kosong. Ya, aku tahu engkau anti betul dengan minuman sedemikian, dan mungkin itulah perkara yang membezakan kita berdua. Maafkan aku Bakar!

Semoga kau berjaya di sana dan jangan pula tinggal sembahyang jemaah di masjid seperti kebiasaan kau lakukan disini.


Yang Benar sahabatmu,

TONaYM KROOS

Majulah sukan untuk semua dan jangan lupa Hashtag #FitMalaysia

Wednesday, August 13, 2014

Cerita Wak Tua ~ Masuri S.N

Add caption
Tang…
berdentang jam dua belas kali
dibawah lampu berdiri
Wak Tua sendiri
kerut-kerut muka penat sehari.

debu siang menyelubungi bumi
dingin mula menggigit kaki, jari
Wak Tua dengan bebanan di pundak
terletak-mencari sesuap nasi.

dari pagi lekuat nafsu penuh
memburu sedkt untung di antara gunung
umur enam puluh tujuh
belum pernah lagi hidup bingung.

siang
mentari membakar muka, hidung
jualan diteriak dilorong
di kampung mengejar sedikit untung.

sekali-sekali
ada orang memanggil makan
muka sedikit cerah kena api merah
bau segar terhirup darah.

jika ada orang bertanya:
“Wak sudah tua
kenapa masih kerja-kerja
apa tidak punya penyambung baka!”

Wak menjawab hanya:
“ada aku anak lapan orang
semua dewasa
punya isteri suami terang
tapi aku bisa memikul beban
bukan membebanii siiapa yang terbeban.

Cerita Wak Tua, Masuri S.N.

Saturday, August 9, 2014

Ketchup

Seorang brader kelaparan tanpa berfikir panjang dia mendail kedai burger berdekatan. Sambil menunggu siaran lansung Liga Perdana Inggeris ada baiknya dia berusaha sedikit untuk mengisi perutnya.

Sebelum kisah ini berlalu lebih panjang ada baiknya diterangkan sedikit latar belakang brader tersebut. Dia orang lama di universiti walaupun dia paling senior dalam geng Lepak-lepak Tak Bertujuan(LTB) tapi dia tidak kekok untuk bergaul dengan member-member yang bertaraf adik baginya. Bak kata pepatah sukan itu menyatukan dan chinggey itu memecahbelahkan. Antara aktiviti hujung minggu geng LTB ialah menonton bola sambil mengulas isu-isu semasa secara surface sahaja (kalau diulas secara ilmiah nanti tidaklah nama kumpulan itu menjadi LTB).

Setelah seminggu bertungkus lumus melawan perasaan malas ke kuliah ada baiknya usaha itu dibalas dengan menikmati hujung bersama member menonton bola atau berborak kosong sambil minum air teh panas. Oleh sebab brader seorang ini orang yang paling senior, bahasa yang digunakan agak klasik. Kadang-kadang semacam dialog dalam drama Yusof Haslam pula, contoh; "walaubagaimanapun" selalu terpacul dari mulutnya (ya memang diakui seluruh negara perkataan tersebut hanya digunakan  ketika menulis karangan SPM untuk mencukupkan jumlah perkataan bagi subjek Bahasa Melayu) tapi digunakannya dalam pertuturan harian.

Berbalik kepada cerita asal, burger yang dipesan telah pun sampai, dia duduk dihadapan kaca televisyen lalu dibuka bungkusan dan disuapkan ke mulut. Bismillah mungkin di dalam hati, kita mungkin tidak tahu. Selepas gigitan pertama;

"Rasa kurang ketchup burger kali ini", dia bersuara.

"Kat rumah ni ada ketchup lebih?" dia memanjangkan soalan kepada geng LTB.

Tanpa menjawab soalan tersebut seorang member ke dapur membawa kicap soya, kebetulan pula seorang dari ahli rumah tersebut baru sahaja pulang dari Malaysia, bekalan kicap dibawa dalam botol Pepsi. Perkara biasa yang dilakukan oleh seorang pelajar luar negara untuk mengelakkan botol kaca kicap pecah dalam beg bagasi.

"Laa abang mintak ketchup bukan kicap, ada ke patut makan burger dengan kicap?"

"Haih korang ni pun", dia mengeluh kelihatan pipinya memboyah dengan makanan penuh di dalam mulut.

Suasana kembali sunyi semua fokus kembali tertumpu kepada kaca televisyen.

Tiba-tiba, datang seorang member lain, dengan keadaan termengah-mengah keletihan berdiri di ruang tamu mengambil nafas. Dia cuba bertenang.

"Hah kau ni kenapa? penat semacam je aku tengok" tegur seorang ahli LTB.

"Arab tadi baling batu, aku kejar lah, tapi tak dapat...." dia beritahu dengan nafas masih tercungap-cungap.

Mungkin kerana terlampau penat diambil botol Pepsi yang berada di tepi brader makan burger tanpa berfikir panjang dia terus meneguk sambil semua mata memerhati kepadanya untuk menanti reaksi seterusnya.

Pada hari tersebut terciptalah satu peribahasa dalam kalangan geng LTB.

"sudah dibaling arab minum kicap pula"

p/s: ketchup ni sos tomota, kalau dulu femes dengan lagu Asereje, The  Ketchup Song.

Saturday, August 2, 2014

Jatuh


bila aku jatuh cinta
melutut di pintu syurga
mengharap cerita seindah bunga
 titis embun di hujung kelopak
semasa terbit mentari pagi