Tuesday, December 23, 2014

Rokok Nan Sebatang

Digesek-gesek pemetik api lalu disua ke hujung rokok, Ku mula menyedut rokoknya. Dihembus nafas keluarlah asap dari rongga hidung dan mulutnya. Bau mula merebak ke seluruh ruangan tandas. Sudah menjadi tabiat semasa dia buang air besar mesti bertemankan rokok, tabiat yang sukar dibuang. Sudah ketagih.

"Rokok ni paling sedap bila lepas makan nasi dan semasa nak 'buang' nasi tu" ada dulu dia beritahu tentang tabiatnya itu. Baginya mungkin begitu.

Sudah beberapa kali dia cuba berhenti, namun percubaannya masih lagi gagal. Bulan lepas contohnya dari setiap kali makan nasi dia berjaya kurangkan menjadi satu batang sehari. Caranya dengan makan nasi sekali sehari tetapi selepas seminggu Ku mula masuk minggu study leave. Apabila masuk waktu peperiksaan dia rasa tertekan dan bila dia tertekan dari sebatang sehari dia mula merokok setiap waktu senggang antara topik benda yang dia baca. Study breaknya diisi dengan menikmati kepul-kepul asap. Sifirnya, semakin banyak dia menelaah semakin banyak dia merokok.

Pernah dia cuba kurangkan semasa waktu peperiksaan. Dia cuba tahan. Malam sebelum peperiksaan dia tak boleh tidur, diubah posisi, dari atas katil dialihnya tilam ke lantai, dada berdegup kencang. Semacam ada benda tak kena. Jam menunjukkan 2,30 pagi dia mandi, salin baju baru. Namun masih tidak boleh lena. Dia mula menelefon emaknya yang berada di Malaysia.

"Kamu ni kenapa? pagi-pagi buta telefon mak ni"

"Sebelum ni tak pernah buat begini pun"

Engku senyap. Mulutnya berat untuk mengaku dia dalam keadaan "serba tak kena" sebab kurang nikotin dalam darah, Emak tak pernah tahu anak lelakinya seorang perokok. Mereka berborak sampai subuh. Habis sahaja azan subuh dia solat lalu dibaringkan tubuh ke tilam. Tidur.

"Weh, bangun!!" kejut rakan serumah sedikit menjerkah.Ku bangun kalut bersiap-siap.

Nasib baik gilirannya masih belum dipanggil doktor. Dipegang nota-nota yang dibuat dalam keadaan terketar-ketar. Akhirnya tiba gilirannya, masuk ke stesen pertama.

"Read these results and comment about it" soalan pertama terpacul dari mulut doktor.

Dia baca semua tapi bila hendak menganalisis result tersebut dia jadi bingung, total blackout. Peluh mula membasahi.

"Err er, everything is normal, nothing significant" dia meneka selepas lama membisu.

Doktor di depannya tiba-tiba membulatkan mata, dia tidak tahu itu tanda terkejut atau marah. Doktor geleng kepala. Dia tahu betapa f*cked up jawapan yang diberikan tadi. Stesen berikutnya perkara sama berlaku.

Habis sahaja peperiksaan dia mencari Kudin.

"Din rokok sebatang"

"Macam mana exam tadi?" sambil menghulur kotak rokok Winston White.

Ku ambil sebatang.

"Tawakal jelah, benda dah lepas, nak buat macam mana" lalu dihembus asap ke udara.

"Aah cilake, dalam exam mana ada benda normal" dia bermonolog, tersenyum sendirian bila mengenangkan sesi bersama doktor tadi.

Baru-baru ini, sebenarnya semangat untuk berhenti merokok kembali membara bila dia berjumpa gadis pengarang jantung hati. Nak dipendekkan cerita gadis tersebut menyuruh Ku berjumpa dengan mak ayahnya. Oleh sebab jarak yang jauh, dia hanya mampu untuk berbual menerusi telefon sahaja. Digagahkan jua semangat untuk berkenalan dengan ayah dan emak gadis tersebut.

"Kamu ni merokok?" soal ayah gadis tersebut.

Seperti hendak luruh jantungnya mendengar soalan sedemikian. Dan perkara itu berlaku sebelum dia masuk tandas.

Batang rokoknya semakin kontot, ditancap-tancap puntung rokoknya ke tempat letak sabun. Dilihatnya tempat letak sabun itu hitam terbakar penuh dengan puntung-puntung rokok, Dia menggeleng-geleng kepala.

Dia pulas batang flush sebelum keluar tandas.

Monday, December 8, 2014

Waktu Petang di Tepi Tasik Universiti.

Lepas round hari itu Jim lepak tasik, walau hari tu mendung-mendung nak hujan dia tak kira dia mahu lepak juga. Dia frust betul hari itu, semalam awek dia hantar mesej minta putus. Jiwa dia kacau sebab itulah dia ke tasik di tepi universiti untuk menenangkan fikiran. Bajet jiwang karen betul Jim nih.

"Bersabarlah sayang aku akan pulang" dia balas mesej makwenya sambil duduk bawah pokok.

Dia tunggu seminit dua, dia buka balik aplikasi mesej, dia tengok ada dua tick sebentar tadinya berwarna kelabu kini bertukar warna biru. Jiwanya bertambah kusut.

"Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku" dia sentuh butang send.

"Berjanjilah sayang ku selalu setia, meski ku tak selalu disampingmu" dia send lagi.

"Tak usah kau menangis meratapi aku!!" sebelum dia tekan send dia fikir ayat ini macam ni tak kena. Dia delete balik lalu disimpan telefonnya dalam poket. Dia sudah putus harapan.(Hek eleh benda tu pon nak bawak serius, pui!!)

"Mana mungkin selimut tetangga hangati tubuhku dalam kedinginan" Jim bermonolog sendirian.

Tanpa dia sedar, member baiknya, Ajim, sudah berada disebelahnya, lama juga dia sampai tapi tidak disedari lansung oleh Jim.Khusyuk betul layan perasaan katakan.

"Aku tanya apa khabar?" Ajim menyapa.

Namun tidak dijawab Jim.

"Aku tanya apa khabar, SEMUAaaa??", soalan sama ditanya dengan nada sedikit menjerkah.

Jim mula tersedar dari lamunan. Dia pandang membernya dengan muka toye. Ajim mula kesian.

"Merenung ke luar jendela bayu pagi meniup lembut, lihat bintang di angkasa purnama menerangi gelapmu" Ajim cuba memberi kata semangat.

" Dan bila fajar menjelma itulah permulaan hari baru, Dunia gamat bunyinya sunyimu hanya Tuhan tahu" Jim menambah lagi.

"Dalam perjalanan banyak persimpangan, dimana kita bertukar arah kau lurus ke kiri dia tegak ke kanan dimana mungkin tersilap langkah."

Suasana sepi.

"Sudahlah Ajim jom kita balik hujan pon dah start turun ni." cadang Jim.

"Hujan yang turun bagaikan...."

Belum sempat Ajim menyudahkan kata-katanya laju Jim pintas.

"Dah la tu nyanyi dah naik pekak aku ni weyh."


Wednesday, December 3, 2014

Berjimat Cermat Amalan Selamat Dunia Akhirat

Dua tiga hari ni aku dok perhati seorang member aku ni, siang makan roti kering je malam dia lahap sardin je. Kalau ada rezeki lebih sardin tindih roti. Melihat keadaan beliau yang sangat dhaif tu aku curiga, aku ingin tahun kenapa.

"Dah kau ni kenapa Sein? Makan macam takde orang pedoman, homeless pon kalah dengan kau ni."
Dia senyap, kadang-kadang jeling tajam. Dia buka almari dia ambik bengkung lalu dipakai kat perut.

"Ni ubat boncit" katanya sengih sengih kerang.

Aku mula tak puas hati, ubat buncit ke untuk elak perut masuk angin? Bukan apa, kalau nanti jumpa dengan member perut berbunyi kruk kruk kruk malu juga, budak tajaan tapi makan tak cukup.

"Kau mana tau Wala, ni lah pengorbanan namanya."

"Korban apa pula ni?" aku tanya serius.

"Kahwin." dia jawab sambil menepuk-nepuk bengkung  perut, tum! tum! bunyi padat. 

****
Aku buka Facebook, ada satu notifikasi, aku gerakkan tetikus, tekan klik.

Di skrin komputer terpapar jelas "Elaun dah masuk sebanyak JD***.** kurang sikit dari biasa."

Mungkin sebab Ringgit jatuh dua tiga minggu ni elaun tak sebanyak sebelumnya.

Ting! telefon berbunyi tanda ada Wassap baru masuk.

Mesej dari Sein;

"Jom makan luar hari ni 

aku lapar"

Aku tepuk dahi sambil terbayang-bayang Sein mula simpan bengkungnya kembali di dalam almari.

"Sein, Sein", aku mengeluh gaya bapak-bapak.


p/s: takde kaitan dengan hidup dan mati kalau ada hanyalah kebetulan sahaja.