Sunday, March 23, 2014

cerpen: Status Facebook

Hari itu bukan hari yang baik bagi Hitam. Dia mulakan harinya dengan bangun lewat, terkejar-kejar ke ke kelas tanpa menyikat rambut. Dia mula perasan apabila pensyarah menegurnya di dalam kelas.

"Kalau iya pun nak cepat tak tersikat rambut, sekurang-kurangnya sapulah tahi mata tu."

Cepat-cepat dia tunduk kepala, membuka beg mencari tisu untuk lap muka.

Dia menyesal sungguh, menyesal menonton trilogi Lord of The Ring berterusan tanpa henti malam sebelumnya. Selepas ini mungkin dia takkan menonton filem pada malam Ahad lagi. Janji Hitam pada diri sendiri kadang-kadang ditepati tapi banyak lagi yang dilanggari.

Oleh sebab dia sudah tidak tertahan menanggung malu, kelas seterusnya dia ambil keputusan ponteng dan pulang ke rumah. Sambung tidur. Sebelum dia merebahkan dirinya di atas tilam empuk, dia mendaftar masuk Facebook, ditulisnya status.

"Malang sungguh hari ini, aparat sungguh, aku mahu EMOSI!"

Selang beberapa ketika, simbol bumi yang berada di hujung kanan paparan komputernya bertukar warna merah. Menggunakan tetikus dia klik.

"Obama likes your status."

kemudian,

"Oda Nobunaga and 10000 others like your status."

Dia merasa tenang. Dengan sekali hempas kepala sahaja dia sudah hanyut di alam mimpi. Bahagia.


Sunday, March 2, 2014

Cerpen Akhlak Islamiyah

Cidak(mungkin nama sebenar) bangun pagi dan berazam untuk pegi ke kelas pada hari tersebut.

Lahirnya sebuah blog bawah tanah dari rahim blogger.com secara pra-matang

Sebelum aku basuh baju ada baiknya aku buat blog untuk mencarut menghikayatkan beberapa cerita:

1. Benar
2. Separa benar
3. Mustahil untuk benar-benar berlaku

Kalau orang putih dia sebut genre tapi aku yakin hampir separuh dari rakyat Malaysia tak mampu nak menyebutnya dengan sebutan yang betul.

p/s: Cilakeee! menyesal "hutang" idea dengan member-member ni, pastu sibuk nak langsai sebelum grad.