Ini kisah dari padang pasir, kisah yang masyhur sekalian alam. Kisah mengenai Aladdin dan lampu ajaibnya, Tetapi disini kita
twist sikit, cuba bayangkan watak Aladdin itu kita tukar menjadi seorang perempuan, kita bagi nama Kathy.
Terus ke scene dalam gua.
Kathy meraba dalam gelap, lilin yang dibawa semakin lama semakin kontot dihadang muncung api tersebut agar tidak terpadam bila ditiup angin.
"Kurang ajar punya lelaki semua benda disuruh aku buat, sampai tugas mencari harta karun disuruh nya aku.
Sedang dia sedap pula berada dikerusi malas, berbaju pagoda dan berpelikat membaca surat kabar sambil menghirup kopi susu"
Tipikal seorang lelaki.
Dalam samar-samar dia berjalan tiba-tiba 'aduh!' reaksi spontan Kathy apabila dia tersepak benda keras. Diambilnya benda itu,
"Lol, teko rupanya, aku ingatkan apa tadi"
Dia mula membelek-belek teko tersebut, berhabuk tanda lama sudah ditinggalkan. Ditiupnya habuk selepas itu dia menggosok-gosok teko tersebut.
"Wah, berkilat pun! Boleh la letak dalam almari kaca bersama koleksi pinggan mangkuk aku di ruang tamu nanti" dia gembira.
Tanpa dia sedari tindakan itu telah membebaskan jin yang terkurung dalam teko tersebut. Lalu keluarlah jin.
"Hoi manusia kamukah yang menggosok lampu ini" tanya jin tersebut.
Kathy terkejut, tiba-tiba dia disapa suara di dalam gelap gelita itu.
"Siapa kamu? Dimana kamu? Aku tak nampak" Kathy bertanya ketakutan.
"Akulah jin yang berada dalam lampu yang kamu gosok tadi"
"Kenapa aku tak nampak kau wahai jin? bila pula aku gosok lampu? aku ada lilin je ni"
"Oh maksud aku benda yang pegang tu, oleh sebab aku mahkluk ghaib sudah tentu aku tak nampak di mata kasar kamu" lalu jin ketawa memecah kesunyian malam.
KAH KAH KAH KAH!
"Kamu kelakar,pandai buat lawak, aku suka kamu" sambung jin tersebut lagi.
"Oleh sebab aku sukakan kebersihan dan kamu pula sudah membersihkan rumahku akan aku tunaikan 3 permintaan kamu"
"Apa sahaja?" Tanya Kathy mahu kepastian.
"Apa sahaja aku bisa tunaikan, tapi ada satu syarat..."
"Apa syaratnya wahai jin yang tak nampak?"
"Kerana kamu seorang perempuan, setiap permintaan kamu, suamimu akan dapat sepuluh kali ganda benda yang engkau pinta"
"Baiklah,jika begitu aku setuju"
"Permintaan kamu yang pertama silakan!"
"Aku mahu jadi perempuan yang paling cantik!"
"Adakah kamu pasti kerana suamimu akan menjadi sepuluh kali lebih hensem dari kamu?"
"Takpe aku tak kisah, dia suamiku"
Lalu jin memperkenankan permintaan Kathy, dia menjadi perempuan paling cantik sekelip mata.
"Permintaan kamu yang kedua"
"Aku mahu jadi perempuan paling kaya!"
"Adakah kamu pasti kerana suamimu akan menjadi sepuluh kali lebih kaya dari kamu?"
"Hermmmm, okay kot sebab harta dia harta aku juga" menyiakan dalam ragu-ragu.
WOOOSH!
Dalam sekelip mata dia menjadi perempuan paling kaya, lehernya terasa berat kerana terdapat rantai bertatahkan berlian bertalikan emas. Di tangan penuh dengan gelang emas, sepuluh jarinya dipenuhi cincin berharga. Dia gembira.
Sedang dia sibuk melihat barang kemas, Jin menyapa;
"Permintaan kamu yang terakhir wahai wanita yang cantik dan kaya?"
"Oh untuk permintaan terakhir ini, aku pinta aku ada sakit dada yang sederhana"
KAH KAH KAH KAH.
"Bijak sungguh kamu ini, aku suka"
"Baiklah, WOOOOSH!"