Saturday, April 25, 2015

Lalat

Sedang aku sibuk menelaah buku, seekor lalat masuk ke dalam bilikku. Terbang tanpa keruan sekejap ke hadapan sekejap kebelakang, kadang terbangnya rapat ke syiling kadang kadang hinggap ke tetingkap.

Lama aku perhatikan terbang rawak lalat seperti hiburan lama kelamaan menjadi bosan dan menimbulkan satu perasaan geram. Bunyi "buzz" mengganggu fokusku. Dicapai tuala dilibas-libas ke udara berharap mengena sasaran namun lalat itu lincah mengelak terbang ke kiri ke kanan.

Aku buntu, dalam kebuntuan teringat satu pesan ibu.

"Jangan dibunuh lalat itu, buang sahaja sampah dan kemaslah apa yang patut di sekitarmu".

Tanpa sedar air mata mengalir laju, dicapai mobil di penjuru meja di atas buku. Aku menelefon abang.

"Abang tahun ini sudah berapa kali kita ziarah pusara ibu?"

Al-Fatihah untuk ibu.