Thursday, September 25, 2014

Minggu Taaruf Siswa

Otai baru balik dari kelas, selepas kelas beliau rasa lapar ada baiknya dibeli makanan berupa kebab di kedai yang terletak di tengah perjalanan balik ke rumah. Beliau sebenarnya sudah lama tidak masak di rumah kekangan masa sebagai pelajar tahun 6 menghalangnya berbuat demikian. Semua rakan seperjuangan sudah pun pulang ke Malaysia, maklumlah sebahagian dari mereka hanya memerlukan empat atau lima tahun sahaja untuk menamatkan pengajian.

Kalau diikutkan ranking senioriti, beliaulah paling senior di Irbid, dahla paling senior mahir bercakap turki dan pakar dalam ilmu geografi. Ada satu hari semasa aku dalam perjalanan ke mana entah, aku dah lupa aku terserempak dengan beliau, ketika itu dia baru pulang dari mengembara, kembara di selatan Turki. Kata beliau ketika itu kalut pihak kurdis mahu menubuhkan negara Kurdistan yang meliputi utara Syria, selatan Turki dan sedikit hujung dari Iraq(aku tak tahu nak describe macam mana geografinya).

"Di sana sekarang kalau waktu malam, aku dengar lah bunyi tembakan dari tentera pemisah atau pun dari tentera nasional Turki." jelas beliau panjang lebar.

Sebelum melalut ke cerita ini, Otai masuk lah ke dalam kedai kebab. Beliau perasan ada dua tiga orang junior juga tengah order makanan. Sebelum ke kaunter, Otai berfikir sekejap makanan apa yang sesuai dapat mengkaver makan malamnya sekali kalau boleh. Sedang syok beliau memerhati menu junior mula menegur.

"Apahal kau ni? pakai formal, minggu taaruf dah abis lah" tegur junior tersebut. Otai balas dengan senyuman.

"Kau nak makan apa?"

"Kalau nak jimat beli sandwich je taklah mahal macam kau beli meal"

"Betul tu tapi kalau beli meal kenyanglah, baki lebihan boleh bawak ke malam pastu panaskan" tambah junior ke dua sambil mengemaskan rambut sikat tepi yang agak serabut setelah ditiup angin.

"Oh ye ke?" Otai mengangguk tanda buat-buat faham.

"Kalau taknak sayur dalam meal ni nak cakap apa kat diorang ni?"

Mereka bertiga diam sebentar.

"Haah lah lupa pulak abang fasi masa minggu suai kenal ada ajar benda ni aku lupa, kau ingat?" bertanya kepada member sebelahnya.

Mereka semua terkumat kamit cuba ingat apa yang diajar oleh mentor mereka sebelum ini.

"Dem! aku lupa lah" tangan ditumbuk ke meja. Dia geram.  Semua pekerja dalam restoran tersebut tergaman.

Otai ambil makanannya terus berlalu pergi meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

p/s: salam, senyum, sapa.

Friday, September 5, 2014

Gambar Sekadar Hiasan

Certot 1.

 Kelas 5 Awan Gemawan (5A) dan 5 Bayu Meniup (5B) telah menyertai pertandingan futsal antara kelas tang di taja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Bersama mereka berjuang adalah guru kelas masing, seorang cikgu kaunseling dan seorang cikgu pendidikan jasmani dan kesihatan.

Pasukan 5A yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara telah meminjam ketua kelas 6A kerana murid tahun 6 sibuk menelaah menghadapi UPSR yang akan menjelang beberapa hari lagi.

Yang sebenarnya tiada apa yang mampu diceritakan pabila 2 pasukan tersebut tak pernah kalah. Power sangat diorang ni sampai penulis tak tahu nak cerita apa lagi.

Korang tau ke perasaan power dia macam mana?

kah kah kah



Certot 2: Harga Sebuah Separuh Akhir

Pagi itu mereka turun dengan penuh semangat. Keadaan cukup getir ketika itu, bertambah getir bilamana mesyuarat sebelum pasukan berakhir pada pukul 2 pagi semalamnya. Berbincang taktikal dan menyentuh sedikit isu akhawat setempat. Masakan semua tidak bersungguh, 4 pasukan terikat dengan 6 mata sedangkan 2 pasukan teratas sahaja yang mampu layak ke peringkat kalah mati.

Semangat yang membara itu ditiup dan bertambah marak bila 2 3 hari sebelum perlawanan, seorang dari ahli pasukan dimasukkan ke dalam lokap kerana masalah disiplin dengan penduduk tempatan. Siapa tidak geram sedang elok berlatih menyepak bola penduduk tempatan dengan sengaja membaling mercun di tengah padang. Mengamuk sakan hingga dikejar lelaki itu dan dipecahkan pintu rumahnya.

Nak diringkaskan cerita, Kugiwa pemain kelahiran jepun(yang sebenarnya ahli pasukan sendiri pun masih keliru dia ini dapat jepun dari emak atau ayahnya, semua tidak tahu!) yang berwarganegara Malaysia telah melakukan hantaran cantik kepada penyerang prolifik....





certot 3: Bola dan Kehidupan

Pada suatu hari sekumpulan remaja telah bermain futsal tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila bola yang ditendang terkena bucu gelanggang lalu pecah.

Mereka merasa sedih dan membuat keputusan untuk membeli bola baru untuk menggantikan bola yang tidak dapat diguna itu.

Keesokan harinya dengan perasaan gembira mereka turun untuk sama-sama menyepak bola baru. Malang tidak berbau bola baru juga mengalami nasib yang sama.Pecah!

Bak kata seorang ahli politik terkenal "petang beli bola, malam pecah bola".